Berape hari dah?
Hari khamis terakhir di pulau tahanan... hari ke lima dalam bulan Jamadil Awal..tahun ke 1438 dari hijrah Ar Rasul SAW ..Macam dah lama tak up date ruangan ini. Dek kesibukan menimba ilmu. Kata salah seorang pensyarah berpangkat Profesor, kamu harus ghairah kepada ilmu...bukan ghairah kepada kertas (sijil)...
Hari ini ada PB untuk subjek Konflik Dalam Masyarakat Majmuk sekitar jam 12 tengahari dan berakhir jam 1.30 tengahari. Soalan ada tiga berbentuk esei dan wajib dijawab satu. Sekitar jam 11.30, kami dah berada di ruang legar dewan peperiksaan. Tak tahulah kenapa kami menjadi antara yang awal berada di situ. Hatta pensyarah pun tiba agak lewat. Sekitar jam 1.10 petang, penulis dah keluar dari bilik peperiksaan. Sebenarnya, sebaik sahaja mendapat kertas soalan, penulis termenung sejenak memikir dan mengingat point² penting yang bisa diingati untuk menjawab dua dari tiga soalan yang dibentangkan. Tatkala orang lain dah memulakan penulisan, penulis masih terkebil² mengingati point penting.
Sebelum itu, kami ada kelas di DSK 1. Sejak kehadziran kami ke pulau tahanan, ini pertama kali menjejak kaki ke DSK 1 untuk tahun ini. Tahun sebelumnya memang kami kerap berkampung di wilayah tersebut. Subjek kelas pagi tadi ialah Institusi Demoratik oleh Dr Low. Orangnya agak simple dan suka bercerita. Cerita yang disampaikan adalah sebagai sesuatu yang boleh menarik kami kepada topik yang bakal disampaikan. Bayangkan jika pensyarah terus sahaja bercerita topik kulit ke kulit tanpa selingan, tentu kita akan disulami dengan perasaan mengantuk tahap lapan...hehehe..
Beliau hanya membentang dua keping slide sahaja daripada berpuluh slide yang ada untuk dua topik yang akan dibincangkan. Kisah² nya tatkala menghadapi imigresen di Indonesia agak mencuit hati. Katanya, di Indonesia pada zaman orde lama (Pak Suharto) kejadian rasuah di kalangan kakitangan awam amat berleluasa. Dia menceritakan mengenai kejadian permintaan pegawai imigresen Indonesia yang meminta wang sebanyak RM100 sebagai pelincir. Mahu tak mahu terpaksa diberi. Jika diabaikan, ada kemungkinan perjalanan akan tersangkut, hingga boleh keciciran pesawat terbang!!
Satu lagi kisah di wilayah Banjar masin dimana apabila memandu ke kawasan pendalaman akan di dapati di satu kawasan terdapat kerusi yang diletak di atas jalan raya. Apabila pensyarah tersebut bertanya kepada pemandu yang memandu kenderaan yang sedang dalam perjalanan tersebut, dinyatakan bahawa itu adalah kaedah mereka memungut sedekah...
Kelas tersebut hanya berakhir sekitar jam 11 pagi. Pada malam semalam (Rabu) kami ada kelas hingga jam 11.00 malam. Persediaan untuk menghadapi PB untuk tengahari ini agak genting...!! Pada asalnya ada cadangan untuk tidak menghadiri kelas tersebut. Namun, setelah melihat kelas semalam yang berlainan subjek tetapi diajar oleh beliau juga, dimana kehadiran diambil, kami mengambil langkah berjaga². Tapi sayang sekali, hingga ke akhir kelas, tiada sebarang kedatangan pun yang diambil...
Sebaik usai PB, penulis bergerak balik ke penginapan resort. Selepas menikmati makan tengahari, nasi putih, berlauk ayam goreng seketul, dan sayur bender masak sos bernilai RM4.50, penulis bergerak menuju ke koperasi untuk membeli jarum dan juga benang setelah mendapati seluar sudah mereput di bahagian bawah lutut!! Dah la bawak seluar sehelai tu jah...

Ulasan