Jumaat terakhir di Jamek Malik Faisal....
Jumaat terakhir di Pulau tahanan...menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman. Meski terpaksa berhadapan dengan tiga lagi PB ... namun kekuatan dipohon beserta bantuan dariNya..
Dek kerana tiada kelas pada hari ini dan PB hanya berlaku pada petang esok, maka ada terasa sedikit kelapangan di dalam dada. Maka berjaga sedikit hingga ke pertengahan malam Jemahat semalam untuk cuba menyiapkan tugasan Pembangunan Politik Malaysia. Isi kandungan dah dibuat. Tinggal nak perkemaskan bahagian bibiliografi sahaja.
Menjelang azan subuh pagi Jumaat terjaga. Agak lewat jika dihitung dari kronologi kehidupan di sepanjang usia berada di pulau tahanan ini. Terkocoh² bersiap untuk menghadiri jamaah Subuh di surau resort...
Menjelang jam 12, kami bergerak keluar dari bilik resort untuk menghadiri jemaah Jumaat. Tanpa memikirkan makan pagi dan makan siang, terus mengejar bas sekolah yang berkebetulan tiba agak lewat. Ketika bergerak masuk ke perut bas, kami berselisih dengan jumlah yang agak banyak dari kalangan kami yang baru balik kelas atau pun baru balik PB. Masing² dengan muka yang agak ketat...Tapi mengapa mereka pulang ke penginapan? Bukankah waktu Jumaat sudah hampir?
Tatkala tiba di stesen pertama, semakin ramai dan galak lelaki dewasa berwajah selamba balik ke resort dan masuk ke dalam perut bas dengan wajah ketat...Mmmm
Tiba di stesen kedua, sebuah bas ada memberi harapan.Sayangnya, pintu ditutup dan pemandu menunjukkan jam di tangan. Baru pukul 12.30...apa salahnya membawa kami yang beberapa kerat ini hingga ke pertengahan jalan ke masjid pun tak mengapa?
Tapi apakan daya...terpaksalah mengatur langkah dan mengira tapak untuk menuju ke masjid. Bukankah Nabi SAW menyatakan, setiap langkah menghimpun satu kebaikan, menghilang satu dosa dan meninggikan darjat?
Dan sebelum menghadiri Jumaat, penulis mengheret kaki untuk menemui gadis² pencetak yang terletak bersebelahan perpustakaan raya. Meski panas agak membahang dan langkah agak jauh, hati tetap berbunge untuk segera menyelesaikan urusan ... mencetak tugasan.
Namun takdir Nya jua mengatasi segalanya. Tatkala tiba, sang gadis menyatakan bahawa kedai sudah hendak ditutup. Jam di tangan masih lagi belum menunjukkan ke angka satu..
"Minta tolong la dik..."
"kami pun nanti kena buka kembali pukul dua..."
Huh ...apa kena mengena dengan aku? Dengan wajah yang tidak menunjukkan kepuasan hati terhadap jawapan sang gadis, penulis ke bahagian sebelah yang menjual air dan makanan. Wang sebanyak RM1.50 dihulurkan untuk mendapatkan sebotol kecil air mineral. Jenama yang sama boleh didapati di cafe saujana hill tetapi dengan harga kurang dari RM0.30 daripada harga tadi. Berbeza kan? Tapi itulah dunia kapitalis yang dijulang dan diagungkan. Tiada kesamaan dan kesaksamaan yang mungkin boleh ditonjolkan. Disana sini, manusia kapitalis bergelar Borjois terus-terusan menindas dan memerah golongan Proletariat bagi mengaut untung semaksimum mungkin dan meminimumkan kos...
Langkah kaki diteruskan ke masjid jame. Alhamdulillah, masih mampu berada di ruangan yang berhawa dingin. Tanpa sebarang sapaan mengantuk, penulis berjaya mengharungi khutbah dengan baik. Jumaat di sini sebaik selepas azan kedua, tiada terselit peringatan berkaitan larangan berkata² ketika khatib membaca khutbah. Dan saktah antara khutbah pertama dan kedua tidak diiringi dengan bunyi² an iringan doa sayu mendayu yang gagal difahami jamaah.
Seusai solat, kami bergerak keluar pagar melalui pintu utama dengan nawaitu mencari KFC. Bayangkan, perut kosong sejak malam semalam tanpa sarapan atau lunch, apalagi brunch, kemudian berjalan kaki menuju ke masjid di tengahari terik...
Kunjungan ke KFC seolah menjadi acara ritual tahunan sejak 2014 apabila kami tertahan di kepulauan ini. Nak bergerak lebih jauh, banyak benda kena difikirkan, kos, pengangkutan, masa dan sebagainya. Tujuan utama adalah keghairahan terhadap ilmu. Kadang² pelik juga melihat segelintir dari kami yang berkesempatan untuk melencong ke kawasan² persekitaran sepanjang tempoh terluang di pulau tahanan. Bagi kami, apabila berada di pulau tahanan, tiada perlencongan atau masa terbuang. Datang untuk study.......kununnya..
Seusai menikmati dua ketul ayam kfc dan semangkuk kecil aiskrim, penulis mengambil keputusan untuk mencetak tugasan di kedai yang wujud di deretan berhadapan pintu masuk utama. Rasanya jauh lebih murah, berbaloi dan mesra pelanggan. Kemudian masuk ke kedai milik pedagang arab. Terasa seolah berada di haramain...hanya untuk membeli sekotak kapsul habatus sauda' dengan harga RM12.00.
Kami kemudian masuk kembali ke dalam pusat tahanan dan seterusnya menghantar tugasan ke pejabat am. Berkebetulan pula kad siswa boleh dipungut di kaunter. Meski pada awalnya terasa macam tak berbaloi pun untuk memilik kad tersebut berbanding baucer buku seperti dua tahun sebelumnya, namun disebabkan keadaan untuk memungutnya kelihatan mudah, maka diambil juga. Mungkin berbaloi juga nanti...agaknye...Terima kasih PM...
Menanti bas pulang pun nampaknya mencabar juga. Hampir 30 minit baru muncul. Kemudian sebaik tiba di stesen transit, sebaik kami turun pintu ditutup walhal ada pelajar yang berkeinginan untuk naik. Pemandu beri alasan...sekarang masa rehat...
Hai...kalaupun kami ini digolongkan ke dalam kalangan pelajar tua tiada kualiti pengejar cebisan kertas pun, layanlah kami selaku tetamu setidak-tidaknya. Tapi banyak faktor kena kaji juga. Mungkin pemandu tadi kurang rehatnya. Mungkin juga dia ada tekanan kerja.
Dan Jumaat terakhir nan indah ini cukup menyamankan sekali. Esok ada PB...
Wallahu a'lam

Ulasan