Hari terakhir di Pulau Tahanan tahun 2017
Akhirnya, selepas berjaya melolosi hari² yang dianggap sukar, maka tiba rupanya hari akhir di pulau ini. Hari ini ada dua PB yang perlu dilalui sebagai ujian yang terakhir. PB Sejarah bermula jam 9.00 pagi. Maka kami berdua bergerak agak awal pagi ini menuju ke dewan peperiksaan yang tidak berapa jauh dari resort. Kami tiba sekitar jam 8.30 pagi. Ini ertinya ada 30 minit sebelum masuk. Dikatakan terdapat empat soalan dan perlu dijawab satu sahaja. Sejak hari Sabtu malam selepas menghadapi PB JMS 212, kami tunggang terbalik study untuk dua subjek bagi PB pada hari ini.
Pagi seawal jam 4.30 penulis telah terbangun. Entah kerana kerisauan terhadap PB atau kegirangan untuk pulang. Sukar untuk dijawab. Berpeluang untuk study subjek JMS211 kali akhir. Jika sepanjang siang penulis menghadam topik lain, baru pagi ni perasan topik lagi satu lebih mudah hadam dan lebih mudah hafal.
Alhamdulilla, apabila dibuka sahaja kertas soalan pada pagi ini, soalan yang dikeluarkan adalah sebagaimana yang dibaca pada pagi tadi....
PB JMS211 berakhir jam 10 pagi. Perut rasa berkeruncung. Namun, penulis bergerak mengasingkan diri di suatu sudut untuk study di saat² genting. Memang sukar untuk masuk, tapi setidak-tidaknya ia sedikit membantu. Mungkin membantu mengurangkan kerisauan....
Menjelang jam 11 pagi, kami masuk ke dewan untuk PB JKP 319. Soalan lebih kurang berapi. Sekitar jam 12.15, penulis keluar dan kami merancang makan di kafe lain di bahagian bawah bilik peperiksaan.
Seusai makan, penulis naik ke resort untuk bergerak pulang. Sekitar jam 1.30, cab yang dijanjikan muncul di perkarangan resort. Penulis dibawa ke stesen bas Sg Dua untuk mencari tiket ke TBS. Seperti tahun² sebelumnya, ketibaan kita disambut oleh sang penjual tiket. Begitu mudah dan cepat. Sekitar jam 2.15, bas bergerak menuju ke destinasi.
Bas singgah di Ipoh sekitar jam 4 petang dan kemudian singgah lagi di kawasan rehat tepian lebuh raya untuk urusan buang air. Kemudian bergerak terus menuju ke TBS dan tiba sekitar jam 7.45 malam. Seusai jama, bersegera ke kaunter mencari bas paling cepat. Dapat bas bergerak jam 8.30. Tidak delay sebagaimana tahun lepas kerana syarikat bas yang berbeza.
Tiba di rumah sekitar jam 12 malam....
Ulasan