Kembali selepas tiga tahun

Jumaat hari ke 13 Jamadil Awal tahun ke 1438 hijrah Ar Rasul, sebelum terbit fajar sadiq penulis telah bergerak keluar rumah menuju ke kem bagi melaksanakan tugasan program. Perjalanan melalui kawasan perkampungan yang panjang. Singgah Subuh di salah sebuah masjid, itupun sudah berada di rakaat akhir.

Penulis tiba di lokasi sekitar jam 6.30 pagi. Pintu pagar masih tertutup rapat. Menghubungi rakan fasi lain, barulah pintu dapat dibuka. Kira² 15 minit juga termanggu² di hadapan pagar...


Tatkala memandu masuk, para peserta program baharu sahaja usai dari surau. Mereka sedang dikumpulkan di hadapan bangunan di bawah arahan kem komandan biasa. Mereka mengalunkan zikir asma ul husna, lagu program dan kemudian membuat regangan ringan. 



Ya sudah tiga tahun penulis meninggalkan bidang fasi. Terasa agak kekok pagi ini bila dihadapkan dengan peserta. Lagipun  penulis telah tertinggal beberapa sesi bersama mereka untuk kali ini...

Pertemuan dengan beberapa orang fasi senior agak mengujakan. Terasa begitu asing sekali meskipun sebenarnya sudah beberapa tahun bergelumang dengan dunia fasi. 



Menjelang Dhuha, acara kembara bermula. Pada mulanya, pihak urusetia juga agak keliru akan penempatan penulis di CP sebelah mana. Akhirnya, penulis sendiri ambil keputusan untuk berada di CP seram. Berkebetulan pula lokasi CP adalah dikawasan tanah perkuburan lama. Namun, akhirnya penulis angkat kaki menuju ke CP akhir. Bukan kerana keadaan situasi yang menyeramkan. Tetapi dek kerana jumlah fasi yang berminat untuk bermukim di kawasan tersebut agak besar jumlahnya...



Di fasi akhir, penulis bersama sahabat PH II dan juga sahabat Shahir. Terdapat juga sejumlah urusetia dan fasi baru dari PI...

Sebagaimana yang dijangka, kesemua pasukan peserta yang muncul di CP ini gagal dalam misi mereka. Mereka tertewas tatkala berada di CP seram, bahkan di CP II lagi. Kelihatan peserta kali ini agak lemah jati diri mereka.



Kami solat Jumaat di masjid berhampiran. Bangunan masjid agak baru dan disediakan penghawa dingin di bahagian dalam masjid. Khutbah yang disampaikan oleh khatib agak menarik gaya penyampaiannya. Malangnya, ada sedikit kecacatan pada bacaan solatnya. Ini diakui sendiri oleh ulama yang berada bersama² kami...



Seusai solat, acara di CP akhir diselesaikan di dalam dewan berhawa dingin. Ini mengakibatkan peserta kebanyakkannya terlena dibuai keasyikan ...

Sebelum Asr, penulis telah meninggalkan kem. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan...

Adalah diharapkan agar kem seumpama ini dapat diteruskan seperti sebelum-sebelumnya...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol