Kerana sebulat tayar

Pagi yang hening...seperti biasa...berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin slide bagi mengelakkan terlewat. Keadaan agak genting kerana pergerakan dari kota kediaman agak lewat disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah kesilapan memilih jalan utama di mana pada waktu tersebut, keretapi melintang memutuskan jalan antara bandar dan juga jalan menuju ke pejabat. Maka terpaksa berhempas pulas melalui jalan yang sesak dek kerana pasar orang cina di pinggir sungai utama.

Selepas melepasi lampu isyarat di felda, dengan pecutan sekitar 100km, tiba-tiba kelihatan sesuatu terbang dari tayar sebelah kanan. Hati tiba² menjadi gusar...Alamak...taya aku meletup ke?

Kenderaan segera di susur ke tepi jalan dan tatkala turun melihat, wah..tayar sudah bocor..Jam di tangan menunjukkan pukul 7.40 pagi...

Maka bersegera dengan malas membuka bonet belakang yang sudah rosak pada pemegangnya yang menyebabkan bonet itu tidak mampu berdiri sendiri. Hendak ditukar, harganya RM195 sebatang...dah seperti absober pula...Hal keadaan ini menyebabkan bonet itu tertutup, membebankan belakang ketika terkial-kial membuka kerusi belakang untuk mengambil tayar simpanan.

Apabila tayar simpanan mampu menjeguk,masalah timbul apabila ikatannya tidak boleh dibuka.Ketat yang maha. Fuuh...Berpeluh-peluh mengerjakannya dengan tangan yang semakin melidi ini...

Selepas penat berhempas pulas, maka terfikir untuk menghubungi bengkel biasa dikunjungi yang letaknya agak jauh. Selepas berjaya, tauke bengkel berjanji untuk menghubungi rakannya yang mempunyai kedai tayar.

Sementara menunggu, dalam hati berdoa dan berminajat, wahai Allah ...bantulah hambaMu Ya Allah...

AKHIRNYA,

sekonyong-konyong muncul sebuah proton saga buruk dan keluar sepasang melayu yang agak sekitar 50 tahun.

"Ada apa encik?"

"tayar problem. MAsalahnya, tayar spare tak boleh ditanggalkan .."

Lelaki tadi menyongsong ke bonet belakang dan penulis tolong menjadi penyendal pada bonet tersebut. Tangannya yang kelihatan lebih gagah dari penulis juga gagal untuk membukanya..

Akhirnya penulis membuka tayar yang bocor. Setelah berjaya, didapati tayar itu hanya bocor kerana palu. Bukan pecah seperti yang disangka pada awalnya. Maklumlah, bunga pun dah botak

Image result for tayar


"Tak pe...nanti abang tolong hantar ke kedai...Encik duduk di sini tunggu kereta.."

Maka mereka meninggalkan penulis di situ. Hampir 20 minit berlalu, pasangan tersebut muncul semula. Tayar sudah pulih, dan kemudian kami bersama memasang tayar...

"RM8.00 ... ni resitnya"

Tatkala dompet dibuka, hanya ada not RM10 sahaja. Maka penulis menyerahkan kepada beliau tanpa mahu mengambil bakinya. Sebenarnya penulis agak malu kerana hanya memberi wang yang terlalu sedikit berbanding jasa yang diberikan.

Akhirnya, kami bertukar-tukar no HP dan beliau kembali semula ke rumahnya. Penulis terus menuju ke pejabat.

Di sini penulis belajar tentang tawakkal. Memang benarlah janjiNya...sesiapa bertaqwa dan bertawakkal kepadaNya...pasti tidak akan kecewa. Buktinya, Dia menghantar seseorang untuk membantu...


Ya Allah...ampuni hambaMu



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol