Akhirnya kapal itu karam....

Kapal lama yang cuba dinakhodai oleh orang baru itu rupanya tidak mampu bertahan lama. Realitinya, ia semakin hampir menemui jalan tenggelam selepas dibadai tsunami yang lebih hebat dari Aceh 2014.

Segala usaha berbentuk subversif akhirnya berjaya melobangi bahtera itu dan air laut membaham ganas masuk ke perut bahtera. Hanya tinggal dek yang separa patah sahaja kelihatan.

Meski ingin ditutup mulut awak² agar jangan menceritakan perihal kapal kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang menanti dengan harapan di pelabuhan dan daratan, namun hembusan angin meski kelihatan selembut sutera cina, ianya tiba juga ke cuping para penanti di daratan.

Dan akibat perbalahan politiking yang sebegitu hebat oleh segolongan proletariat yang suka untuk bersenggama dengan borjouis demi mengaut secebis nasi jelantah buat mengisi tembolok yang kian kelaparan dan dahagakan kuasa, maka diperturutkan jua. Akhirnya, semua proletariat yang mengharapkan kepada sebuah tesis sebenar dari sang pejuang hanya tinggal harapan.

Perbahasan isu klimaks siang hari tadi antara borjuis dan proletariat kelihatan hambar dan tidak ada pembelaan dari sisi proletariat. Golongan aristokrat yang gagah dan bersuara guntur begitu bersemangat menggugah sang aparat borjouis agar tunduk kepada tuntutan massa yang diwakili mereka.


Benar juga teori Kar Marx, si yahudi pengarang kitab Das Kapital, tesis dan anti tesis senantiasa berkonflik untuk mewujudkan tesis baru dan seterusnya berkonflik lagi hingga muncul kerajaan komunis yang dianggap stabil dan tanpa kelas. Meski hanya khalayan yahudi tua itu yang diselaputi anasir athies dan kebencian terhadap kelompok penguasa tanah, kadang² boleh diterima pakai sebagai realiti. Ya...mungkin teori negara komunis itu memangnya kabur dan jauh tersasar dari realiti sebenar kehidupan, mungkin juga dia terpengaruh dengan teori The Kingdom Of Heaven dalam Old Testament atau tak mustahil juga pengaruh kerajaan al mahdi di sisi Islam pada akhir zaman. Namun kerana dia menolak agama, maka diciptakan sebuah bentuk kerajaan baru tanpa kelas, cedukan dari segala kefahaman mengenai sebuah pemerintahan adil dan saksama...

Sayang sekali, kapal yang diharap mampu membawa muatan laba dan ghanimah untuk sekelian penduduk pelabuhan dan daratan kecil itu gagal dikawal. Kini terumbang ambing menanti karam....

Ianya bukan dirosakkan oleh nakhoda baru. Ia tidak pernah ditendang atau dicuit pun oleh awak² baru pimpinannya. Tapi ada anasir luar yang berselindung di sebalik kertas dan surat sang penguasa dari luar tanah daratan ...

Apakah akan muncul sang penyelamat yang bakal mewarnai kembali tanah ini dengan keadilan dan kesaksamaan serta berjuang dengan penuh kasih sayang, tanpa mengenal kelazatan jawatan dan empuknya kerusi nakhoda? 

Ya Allah! Percepatkanlah kemunculan sang penyelamat kami....

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol