Ziarah SOGO

Sebagaimana tahun² sebelumnya, acara ziarah SOGO diteruskan lagi pada tahun ini. Cuma bezanya, ia dilaksanakan sebelum menjelang Ramadhan. Jumaat 15 Syaaban dipilih sebagai hari untuk safar ke sana.

Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi. Singgah di warung kupi buat mengalas perut yang mula berbunyi. Lontong ayam goreng dan sate menjadi hidangan pagi. Sememangnya hidangan seumpama ini sukar untuk didapati di negeri² lain di Tanah Semenanjung Emas, melainkan di negeri yang tidak berkibar walau sedetik pun bendera Union Jack di tiang benderanya hingga kini. Sate yang biasanya dimakan di malam hari di warung² seantero semenanjung emas, dimakan sebagai sarapan pula di hujung selatan semenanjung emas.

Sekitar jam 9.15 pagi kenderaan putih milik isteri penulis dipandu masuk ke lorong pengutip cukai lebuhraya. Untuk kepastian, penulis bertanya kepada sang petugas pengutip cukai lebuhraya akan pelaksanaan penggunaan pembayaran dengan menggunakan kad semata². Kununnya tidak lagi diterima wang tunai sebagai perantara.

Maka disahkan oleh sang petugas akan perkara tersebut. Maka penulis menghulurkan kad pengenalan terkini yang canggih yang boleh diaplikasi sebagai kad perantara untuk membayar cukai lebuhraya. Penulis memang tidak pernah bersetuju untuk menggunakan kad sentuh dan pergi yang sudah sekian lama digunakan. Bahkan sebenarnya penulis tidak pernah bersetuju untuk membayar cukai lebuhraya. Tapi apakan daya?

Perjalanan diteruskan dengan ditemani karenah putera kecil dan juga sebilangan audio yang dimuat ke dalam pen drive. Terasa begitu pantas masa berlalu. Penulis hanya singgah sebenatr untuk membuang yang keruh di kawasan sebelum Seremban dan seterusnya berjaya tiba di rumah mak cik sekitar jam 11.30 pagi. 

Sebaik menurunkan putera dan ibu saudaranya, penulis bersama isteri dan dua puteri bergerak menuju destinasi sebenar. Kami tiba di ruang meletak kenderaan berbayar sekitar jam 12.15 tengahari. Kesesakan laluan sepanjang perjalanan usah diceritakan. Seperti biasa.

Sebaik meletak kenderaan, penulis bergerak menuju ke masjid India, tempat untuk iktkaf tahunan. Sebaik tiba di perkarangan, sudah kedengaran tausyiah yang disampaikan dalam bahasa bukan kebangsaan. Sebaik melangkah masuk dan selepas salam tahiyyatul masjid, didapati suasana di dalam taman syurga itu semakin mendamaikan. Sudah ada penghawa dingin yang diwujudkan...

Meski khutbah yang disampaikan gagal difahami kerana masalh bahasa, namun alhamdulillah solat jumaat dapat dilakasanakan dengan baik ..

Seusai solat, penulis keluar untuk mencari penwangi. Sememangnya penulis pasti akan mendapatkan pewangi yang dijual di luar masjid setiap tahun. Ini disebabkan harga yang bagus serta kualiti yang baik.



Kemudian penulis bergerak menuju ke SOGO untuk menantikan mereka sahaja. Penulis susuk sebentar di satu sudut dalam restoran yang mempunyai maskot pelawak. Tujuan utama, untuk charging HP. Maka ada juga beberapa orang yang duduk di sudut tersebut bukan untuk makan atau sebagainya. Hanya duduk sahaja. Namun, ada yang duduk, penulis kira pekerja dalam kawasan kompleks, untuk makan dengan membawa makanan sendiri. Bukan jenama maskot pelawak. Maka beliau telah diminta meninggalkan sudut tersebut. Mungkin itu polisi restoran tersebut.

Kemudian, penulis meninggalkan restoran itu untuk makan di suatu sudut lain yang merupakan restoran orang kita. Menawarkan harga yang agak ekonomik dengan pakej makanan berlauk sekitar RM10.00. Ianya sesuatu yang tidak mungkin dilepaskan. 

Kemudian, penulis kembali berjalan mencari lokasi untuk charging. Ke surau, langsung tiada kedapatan punca elektrik. Di lokasi restoran lain juga tiada di dapati. Dan akhirnya penulis kembali ke restoran pelawak. Selepas beberapa ketika, keluarga yang makan di sebelah penulis memberi penulis dua gelas air teh ais. Katanya, ia tidak diminum oleh anak²nya. Maka penulis agak berhati². Khuatir juga selepas minum tiba² menjadi khayal dan dipukau sebagaimana kisah² di media. Tapi alhamdulillah, ianya tidak berlaku.

Menjelang Maghrib, penulis berlabuh kembali di surau. Sekitar jam 6.45 hingga jam 7.00 malam, berpusu² umat Islam menunaikan solat Asr. Ada yang berjamaah. Ada yang solo.





Menjelang Maghrib, azan dikumandangkan. Maka seseorang ditolak ke hadapan sebagai imam. Seusai jama', penulis terus keluar. Selepas selesai urusan, kami semua keluar sekitar jam 9.00 malam. Sebelum itu, disibukkan di tingkat 7 untuk dapatkan keahlian baru secara percuma sebagai ganjaran di atas pembelian yang begitu memberangsangkan...

Kami singgah semula di rumah makcik untuk mengambil sang putera kecil dan ibu saudaranya. Kami meninggalkan ibu kota sekitar jam 11.55 malam. Singgah sebentar di seremban untuk mendapatkan air dan juga dua keping kek sebagai peneman di perjalanan kerana penulis tahu isteri dan anak² akan melalu perjalanan malam ini dengan mimpi sahaja.

Penulis hanya menyanyi mengikut audio yang dipasang bagi mengelak kentuk menyerang disamping meneguk air mineral.

Kami selamat tiba di pintu keluar tol sekitar jam 2.30 pagi. Tatkala itu mengantuk mula mengkhayal. Alhamdulilla selamat tiba sekitar jam 3 pagi dihadapan pintu masuk rumah...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol