Antara RM500, RM1,000.00 dan 2 bulan setengah ....

Maka berkatalah tuan presiden cuepacs sebagaimana dipetik dalam portal Malaysiakini bertarikh 23 Mei 2017 (http://www.malaysiakini.com/news/383188) bahawa kerajaan diminta untuk mempertimbangkan pembayaran bantuan khas hari raya berjumlah paling minimum sebanyak RM1,000.00. Kerajaan Selangor pula telah mengumumkan bonus hari raya kepada kakitangan awam negeri sebanyak 2.5 bulan gaji sebagaimana yang dilaporkan dalam media selangor.

Image result for duit bonus

Namun ada yang mempersoalkan dari mana pula kerajaan selangor memperoleh wang sebanyak itu untuk membayar bonus kakitangan awam? Soalan ini sama seperti menyoal pemberi sedekah oleh yang menerima sedekah, "Dari mana tuan dapat duit memberi sedekah kepada saya?". Ataupun seolah menyoal majikan yang kita makan gaji setiap bulan, "dari mana tuan dapat duit membayar gaji saya setiap bulan?"

Namun ironinya, kenapa yang bertanya tak pula bertanya kemana wang hasil mahsul kerajaan pusat selama ini pergi jika seqadar menghargai kakitangan awam dengan wang sebanyak RM500 sahaja setiap kali menjelang hari raya sedangkan harga gula sahaja pada musim hari raya tahun 2016 sudah berbeza dengan harga gula pada hari raya tahun 2017....

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol