Menggapai Kaison Di JJ Tebrau

Sekitar jam 3 petang, penulis bergerak dari Bat Town menuju ke lokasi biasa atas tujuan menyiapkan visi. Singgah di sebuah kedai makan asam pedas ikan air tawar di tepi jalan utama. Dengan harga yang amat berpatutan, seketul kepala ikan terhidang dalam rendaman asam pedas kemerahan.

Seusai makan, kami terus bergerak menuju ke destinasi. Perjalanan lancar hinggalah tiba di hujung tol, dimana penulis telah menyelesaikan qasar asar dan meneruskan perjalanan berpandukan GPS. Sebaik menghampiri pintu tol kedua untuk bayaran RM2.10, kelihatan deretan panjang kenderaan. Pada mulanya disangkakan akibat kesesakan kenderaan yang bertambah dek kerana musim cuti sekolah. Tetapi setelah keadaan agak lama, dan setelah dipertanyakan kepada jurutol yang bertafakur di dalam kotak tol, maka ketahuilah adanya lori yang terbalik...

Maka dari jam 4.55 pm hingga membawa ke jam 6.30 p...barulah selesai melintasi lori yang celaka, maka roda kenderaan baru deras akan pusingannya. Kami tiba di lokasi beberapa minit menjelang waktu Maghrib.

Di kedai yang diidam, melayu-muslim sudah barang tentu menjadi pemenuh ruang niaga. Menjelang Maghrib, bersegera menuju ke surau berhampiran. Surau kecil tetapi ada penghawa dingin. Jauh lebih kecil dari surau IKEA di Damansara. Apalagi jika hendak dibandingkan dengan yang wujud di plaza angsana-sini.  Jamaah yang hadir tidaklah begitu sendat.

Seusai urusan, keluar dari perut bangunan plaza. Terserempak dengan lelaki dan perempuan anak-anak mat salleh.

Kami hanya tiba di rumah sekitar jam 12 malam....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol