Bila geraham dicabut dua : dunia seakan terbalik
Hari keempat bulan hijrah Ar Rasul ke 1439, menjelang waktu Dhuha yang agak terik, penulis terkocoh² menuju ke klinik pergigian dalam organisasi yang terletak beberapa langkah daripada pintu pejabat penulis. Nawaitu penulis telah nekad untuk menamatkan gangguan pada geraham kanan yang semakin menyesakkan. Sebaik masuk ke dalam pintu kaca, penyambut di kaunter memaklumkan bahawa doktor tiada di pejabat pada hari ini.
Maka bersegera penulis membelek laman sesawang organisasi untuk mencari klinik gigi yang menjadi sidang panel. Maka terpapar satu nama baru yang agak berhampiran. Selepas cuba menghubungi rakan² untuk bertanyakan klinik yanglebih selesa tetapi gagal mendapat jawapan sama ada secara lisan maupun tulisan, penulis terus sahaja meredah pergi ke klinik tersebut. Sebaik tiba di lokasi, nama klinik ada tapi klinik biasa. Bukan klinik pergigian. Cuba menghubungi no yang tertera pada laman sesawang...ada dua nombor tapi tiada sebarang jawapan.
Maka, tanpa berfikir panjang, penulis menghalakan roda kenderaan menuju ke pekan yang berhampiran. Sebaik tiba di satu kawasan lampu isyarat, penulis mencuba sekali lagi untuk menghubungi klinik pergigian tadi dengan harapan. Dan akhirnya panggilan berjawab,
"Ini klinik pergigian....?"
"Ye betul..." jawab seorang yang penulis kira seorang muda.
"Lokasi klinik di mana eh? Saya tadi dah ke taman ..... tapi tak jumpa. Ada jumpa klinik bukan pergigian..."
"Oh...lokasinya di bahagian atas..."
"Tapi hari ini untuk yang buat appoinment sahaja. Kalau esok, encik boleh datang terus..."
Mmmm...jawabnya teruskan ke lokasi yang diplih.
Lokasi yang tidak pernah dijejaki itu akhirnya ditemui selepas menelefon seorang kenalan lama yang memang tinggal di pekan ini.
"Doktor datang pukul 10.30...boleh tunggu ke?
Begitu makluat di kaunter pendaftaran sebaik sahaja penulis selesai menulis di buku. Melihat jam di tangan, oh..baru pukul 9.30 pagi...
"Tak apa...saya tunggu sahaja..."
Maka terpaksa duduk di atas kerusi panjang dengan menonton televisyen kecil yang tergantung. Sesekali mencari wassup yang bertanda untuk dibaca atau seqadar untuk menghilangkan tanda. Dek kerana grup wassap terlalu banyak, kebanyakannya hanya seqadar untuk menghilangkan angka, dan bukan untuk dibuka dan diamati, keculi jika ada perkara yang dilihat penting, seperti wassup grup official pejabat dan sebagainya.
Tak berapa lama menanti, muncul kenalan lama yang juga satu organisasi dengan penulis. Dapat la juga bersembang sementara menghilangkan kebosanan menunggu. Awan mendung di luar dari tingkap terbuka menarik perhatian penulis. Hujan nampaknya bakal membasahi bumi.
Doktor yang dinanti akhirnya muncul pada jam yang dijanjikan. Rupanya, sudah ada patient yang mendapat nombor wahid. Tak tahu pula mendapat naib johan pada pagi yang kemendungan ini.
Selepas lima belas minit, patient pertama keluar. Maka tibalah giliran penulis menyerahkan geraham kepada doktor. Selepas merobek mulut penulis,
"Kena cabut dua batang ni..."
"Tapi yang sakit satu je..."
"Terpulanglah kepada encik..."
Selepas menimbang-nimbang, iaitu selepas dua tiga das jarum berisi ubat bius menembusi urat gusi, dan selepas doktor memberi ceramah dan bimbingan, maka terbukalah hati untuk menerima lamaran mencabut dua batang geraham. Ini bukan keputusan kecil.
Maka satu lagi tembakan ubat bius ditusuk ke dalam gusi disamping dua biji ubat untuk ditelan. Selepas beberapa minit, kesan ubat bius tidak begitu terasa meskipun bibir dan pipi terasa kebas dan tebal....
Maka acara itupun bermula, bersama playar, mulut dirobek, dan gigi ditangkap lalu dipulas. Rasa sakit tak boleh hendak di kata. Terasa seperti hendak mati. Kalimah Allah..Allah diulang-ulang dalam hati. Terfikir, adakah maut seumpama ini, bezanya sekarang dikerjakan doktor manusia, saat ajal bakal dikerjakan doktor malaikatul maut!!
Selesai sebatang gigi, sebatang lagi gigi ditangkap dan playar sekali lagi dipulas. Rasa sakit semakin membuak. Badan kejang menahan bisa. Selepas dipulas dua tiga kali, gigi tertanggal dan berjaya dipisahkan dari alam gusi. Tentu dua batang gigi itu gembira dapat menerobos keluar dari alam gelap ke alam dunia yang terang...
Darah yang keluar seperti gagal ditahan oleh doktor yang bertanggungjawab melukakan gusi itu. Akhirnya, dia menjahit gusi itu. Kelihatan sekali benang kasar dan juga jarum seperti mata kalil menyulam gusi semahunya. Masih terasa akan sakit meski dibius (?)
Maka selepas selepas operasi, penulis bangun dan seolah hendak pitam menuju pintu keluar. Dikhabarkan agar datang selepas 10 hari untuk buka jahitan.....ngengenge
Sebenarnya, sangat berbeza pengalaman mencabut geraham paling bungu dengan dua abang geraham ini di klinik yang berbeza. Klinik di daerah penginapan penulis, menawarkan cabutan yang lebih lembut, ubat bius lebih kuat tanpa ada rasa sakit yang teruk. Doktor yang mencabut ketika itu akan mencuba menggoyang gigi terlebih dahulu sebelum dicabut, selepas bius lebih kurang tiga ke empat kali, "sakit tak?"
Jika dikhabarkan masih terasa sakit, ubat bius ditambah sehingga tidak terasa langsung tatkala geraham bungsu ditanggalkan. Yang hanya terdengar bunyi berkeriut² tatkala ianya dipulas oleh doktor.
Sangat berbeza dengan operasi hari ini. Bagai hendak tanggal keseluruhan rahang dibuatnya...Pun begitu, bersyukur kerana semuanya telah selamat.
Buat dua batang gigi yang telah berjasa puluhan tahun, terima kasih dan selamat tinggal. Allah telah meminjamkan kepada penulis untuk jangkamasa yang panjang dan syukurlah. Begitulah adat dan hukum meminjam. Bila tiba masanya, tuan akan meminta kembali apa yang dipinjam...
Wallahu a'lam

Ulasan