Kisah Aku & PPT : Part 2 Hanya enam bulan?

Bermula pertengahan Ogos 2006, selepas empat tahun, penulis telah di arahkan bertukar ke sub pejabat lain. Pejabat kali ini juga tanpa mempunyai pegawai gred N41 untuk unit pentadbiran, yang membawa maksud tugas mengetuai pentadbiran adalah berada di bawah batu jemala patik jua. Maka di sini, bidang tugas adalah lebih jelas. Untuk tugas kawalan kewangan, ada ruang untuk sang PPT menurunkan tanda tangan sebagai bukti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memeriksa dan menyelia perjalanan urus tadbir  kewangan sebuah pejabat. Pejabat ini menguasai perkara berkaitan hal ehwal luar bersangkutan dengan pelajar. Maka di sini, penulis dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia perkara-perkara berkaitan perolehan yang mengaitkan sukan, padang, selenggara padang misalnya, dan sebagainya. Sebenarnya atau hakikatnya, hanya menguruskan pembayaran sahaja. PTPO akan membuat kerja-kerja perolehan, kemudian hasil kerja beserta inbois dicetak dan perlu diperakukan oleh sang PPT, dan akhirnya pembayaran akan diluluskan oleh ketua pejabat. Ini bermakna, jika sekiranya PPT gagal untuk memperakukan, maka pembayaran tidak dapat dilaksanakan.

Image result for kerja lebih masa

Cabaran di tempat baharu ialah wujud golongan dari gred sosial yang kurang mahir berkaitan kaedah atau prosedur kewangan yang mengakibatkan banyak transaksi yang dilaksanakan melanggar peraturan kewangan. Hal ini menyebabkan banyak inbois yang terbengkalai dek kerana kegagalan untuk mengeluarkan pesanan tempatan sebelum sesuatu program dilaksanakan. Terdapat kebiasaan untuk laksanakan program terlebih dahulu dengan hanya berpaksikan arahan lisan sang ketua, namun tiada sebarang kertas kerja yang diluluskan, apalagi LO yang dikeluarkan. Akibatnya, program dapat dijalankan dengan jaya dan gemilang, bahkan membawa kebanggaan dan keglamouran, namun tiada sebarang bayaran yang boleh dibuat kepada pihak² yang terlibat, seperti pembekal makanan dan sebagainya. Implikasinya, untuk membuat bayaran, terpaksa disertakan dengan surat cinta kepada pihak Bendahari. 

Cabaran lain ialah tuntutan OT yang begitu besar setiap bulan dek kerana bertugas menjaga kemudahan awam. Ironinya, tuntutan dibuat secara penuh tanpa menolak waktu makan, solat dan 'ghaib sughra'. Ini menimbulkan konflik dari Puan CC yang sememangnya amat menitik beratkan soal sen yang dibayar. Penulis juga pernah membuat lawatan ke tapak lokasi tugasan yang kerap menyunting pembayaran OT bulanan secara tetap. 

Penulis dibantu oleh seorang staf sambilan untuk mengawal peralatan keluar masuk dari stor. Mujurlah beliau seorang yang amat boleh diharap dan sangat amanah meski hanya berjawatan taraf sambilan sahaja. Peminjaman peralatan stor, susun atur serta proses keluar masuk barang dari stor merupakan perkara² yang tidak terjangkau dek tenaga kerja pentadbiran yang amat terhad. 

Antara perkara baharu yang cuba diketengahkan oleh penulis ialah mewujudkan morning prayer, atau pertemuan ketua² unit pada awal pagi sebelum memulakan tugasan harian. Namun, pertemuan yang dijangkakan hanya mengambil masa kurang daripada satu jam kerap meleret hingga seolah sebuah mesyuarat harian pula. Akhirnya ianya ditamatkan sahaja. Morning prayer sepatutnya hanya berkisar mengenai apa tugasan yang perlu diselesaikan pada hari ini dan melihat semula tugasan semalam yang masih terbengkalai. Secara teorinya, ianya sesuai untuk kumpulan kecil, seperti unit pentadbiran dibawah seliaan PPT dengan dihadiri oleh kesemua anggota unit. Untuk morning prayer berskala besar melibatkan ketua² unit, ianya lebih molek diadakan sebulan sekali sebagai mesyuarat pengurusan pejabat.


Di pejabat ini juga, penulis terlibat selaku pegawai pengiring untuk aktiviti pelajar. Terdapat beberapa program yang melibatkan penulis, seperti di Mersing dan sebagainya.

Usia penulis di pejabat baru tidak terlalu lama. Selepas mengalai demam yang disyaki sebagai denggi, selepas enam bulan berkhidmat, penulis dipindahkan ke pejabat besar. Agak menyedihkan kerana melalui khabar dari orang yang dipercayai, ketua pejabat kurang gemar akan keberadaan penulis dan surat arahan berpindah penulis terima pada malam bengkel SKT tahunan di pantai timur hujung selatan, tatkala hujan melebat yang mengakibat banjir besar ...

Sememangnya tugasan di sub-jabatan ini mempunyai tanggungjawab yang agak besar. Terpaksa berurusan dengan kepelbagaian karenah dari kalangan staf dan tidak kurang juga daripada kalangan pelajar. Memang benar, kefahaman yang mendalam terhadap falsafah 'bertunjangkan tauhid' itu amat penting untuk melahirkan staf yang benar² memahami kerja adalah sebuah ibadah. Staf yang mampu menterjemahkan falsafah ini akan dapat menghayati sebuah alam pekerjaan yang menghampiri zaman Umar Abdul Aziz atau pada zaman kekhalifahan Umar sendiri.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol