Selepas tiga PB...
Telah tiga PB yang dilalui penulis. Terakhir pada petang ahad untuk subjek Industrialisasi dan Perubahan Sosial yang bermula jam 4 serta berakhir jam 5.30 petang. Satu jam setengah dan perlu menjawab dua soalan yang masing-masing bernilai 50 markah dan kedua-duanya pula bernilai 20% untuk carry mark keseluruhan. Bila duduk di meja penulisan dan menjengah muka surat hadapan yang tertutup, soalan yang keluar adalah teori pemodenan, yang merupakan soalan satu dan soalan kedua ada dua pilihan untuk dijawab salah satu. Penulis menoleh mencari teman sebilik yang tersengih² di belakang. Ternyata soalan yang dispot jauh dari sasaran. Teori ni ada juga dibaca tapi tidak diberi penekanan. Hampir keseluruhan denyutan otak diguna untuk menghafaz nota berkaitan teori yang lain. Parah juga. Hampir beberapa minit termenung mencari idea. Syukur, dapat sedikit gambaran.Itupun terlalu sedikit. Namun dapatlah mengisi helaian skrip jawapan daripada kosong. Soalan dua hampir sahaja boleh digoreng...cum atak tahulah pemeriksa lalu nak makan atau disimpan di dalam freezer sahaja. Atau jika nasib kurang baik, dicampak ke dalam tong 'feed me' di Burger King.
PB kedua adalah berkaitan subjek sejarah politik malaysia. Tajuk agak menarik. Soalan subjek ni agak memberi konfiden. Namun, penulis selepas keluar menjadi risau kerana khuatir salah teknik menjawab. Soalan ada dua dan perlu dijawab kedua-duanya tanpa plihan dalam masa 1 jam. Kelam kabut juga menulis idea yang tumpah.
PB pertama ialah mengenai subjek International Organization (IO). Ini pun banyak berkaitan teori. Soalan pertama berkaitan mengapa negara luar sangat ingin menganggotai IO dan ke dua berkaitan teori liberalisme dan realisme. Huh...berasap juga hendak menjawabnya.
Isnin menyaksikan ruang masa yang kosong. Sepaginya, kami bercadang untuk ke perpustakaan guna mencari buku rujukan untuk menyempurnakan tugasan sejarah politik malaysia dan juga ekonomi politik malaysia. Masuk ke dalam perpustakaan besar itu seperti anak rusa termasuk bandar. Tercengang². Mujurlah pustakawan memberikan layanan yang agak baik. Kami keluar dari perpustakaan beberapa minit sebelum azan zuhur.
Selasa adalah hari kuliah yang hanya satu sahaja. Kelas yang sepatutnya sehingga dua jam ditamatkan awal. Dan hari ini cuti thaipusam. Tapi apa makna cuti jika hanya berkurung di dalam penginapan dan menjadi hamba nota dan juga SV?
Wallahu a'lam
Ulasan