Asyairah Wa Maturidi ... Antara Kefahaman dan Paksaan

Saban Jumaat, sejak tahun hijrah Ar Rasul ke 1438, jika tidak silap pendengaran, kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Wa Maturidiah, adalah kalimah yang menjadi sebutan wajib di mimbar² milik penguasa agama hujung semenanjung emas yang sering juga dikenali sebagai gapura selatan. Seolah² pihak penguasa agama di jajahan takluk ini amat prohatin terhadap pegangan aqidah umat dalam kekuasaannya dan menekankan atau mengisyaratkan bahawa hanya aliran ini sahaja yang boleh diterima sebagai aliran massa di negeri tersebut.

Bagaimana pula dengan aliran yang lain tetapi masih dibawah ruang lingkup mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah?

as-Safarini al-Hanbali pula menyebut dalam kitabnya Lawami’ al-Anwar al-
Bahiyah:

Ahli Sunnah Wal Jamaah ada tiga kumpulan. Kumpulan pertama ialah al-Athariyyah dan
imamnya ialah Ahmad bin Hanbal Radhiallahu ‘Anhu. (Kumpulan kedua ialah) al-Asya’irah
dan imamnya ialah Abu al-Hasan al-Asy’ari Rahimahullah. (Dan kumpulan ketiga ialah) al-
Maturidiyah dan imamnya ialah Abu Mansur al-Maturidi rahimahullah ta’ala"

Jelas di sini ulama membahagikan ahli sunnah tiga kumpulan yang besar, tetapi mengapa kumpulan pertama seperti hendak didiamkan atau diredam sahaja seolah tidak perlu disebarkan kepada umum? Adakah kerana kumpulan pertama itu kelihatan 'mengelirukan' dan seolah mendekati kumpulan yang disebut kini sebagai salafi-wahabi, maka golongan pertama itu tidak perlu pendedahan kepada umum?

Persoalan kedua, adakah semua umati Islam di benua selatan semenanjung emas ini memahami istilah Asyairah Wa Maturudiah ini? Sebagai contoh, almarhumah nenek penulis beranggapan bahawa sifat Allah yang 'ditetapkan' sebanyak 41 itu WAJIB dihafal, dan sekiranya gagal boleh menyebabkan jatuh ke jurang neraka, walhal masalah sifat 41 itu adalah kaedah mengenal Allah dan banyak lagi kaedah lain dan ianya bukan sesuatu yang perlu dihafal oleh semua pengikut Asyairah Wa Maturudiah sehingga boleh menjadi tiket ke syurga?

Sesungguhnya majoriti umat ini sedang keliru dan kekeliruan itu semakin buruk dan bertambah kusut dengan wujud golongan agam yang keterlaluan ...

Wallahu a'lam


Ahli Sunnah wal Jamaah dan Pemakaiannya di Malaysia: Isu dan Cabaran (PDF Download Available). Available from: https://www.researchgate.net/publication/316542878_Ahli_Sunnah_wal_Jamaah_dan_Pemakaiannya_di_Malaysia_Isu_dan_Cabaran [accessed Feb 17 2018].

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol