SOP After Daily Prayer ...

Menjelang zuhur hari pertama bulan Jamadil Akhir, tatkala masyarakat majmu dalam negara semenanjung emas asih terpesona dengan perayaan lunar, limau manis (juga masam) dan juga tarian naga dan letusan mercun ...

Penulis singgah di salah sebuah surau di pinggir kota berhampiran dengan stesen kenderaan awam berpusat. Berkebetulan, ada jenazah yang menunggu untuk disolatkan (betul ke istilah ni?)

Seperti biasa, sang muazzin akan iqamah seusai dilihat semua jamaah yang hadzir telah selesai menunaikan solat sunat. Namun ada juga beberapa lokasi yang dilaporkan muazzin buat dek jek, kalo rasa nak iqamah, terus je, tak toleh kiri kanan lagi...

Maka solat pun didirikan dengan sempurna. Seusai salam, maka sang imam meneruskan SOP biasa amalan ASWJ Aliran Asyairah Wa Maturidiah Konsep Asia Tenggara, iaitu dengan memperdengarkan bacaan wirid dengan suara kuat (hingga kedengaran ke stesen kenderaan awam). Namun, tiada ia membaca akan tasbih, tahmid dan takbir setiap satu 33 kali sebagaimana yang di wariskan oleh Junjungan Besar Muhammad ﷺ  akan amalan tersebut setiap kali selepas menunaikan solat, tetapi digantikan akan ia dengan beberapa kalimah yang pada penulis, belum pernah dijumpai dalam mana-mana nas yang penulis temui, dibaca oleh baginda ﷺ seusai solat fardhu yang lima.

Image result for solat jenazah

Dan kemudian, diikuti oleh doa yang mana panjangnya sama seperti seorang lelaki solat sunat ba'diah zuhur empat rakaat tamam. Seusai wirid, maka bersalaman pula para jamaah sambil meninggikan suara bersolawat ke atas Junjungan Muhammad ﷺ .

Maka sesudah itu, baharulah jenazah dilayan untuk disolatkan ...

Suatu ketika, penulis singgah solat Jumaat di masjid agung tepian selat di hujung benua semenanjung emas. Ketika itu juga wujud jenazah yang perlu disolatkan. Sebaik selesai imam memberi salam, terus sahaja muazzin menyerukan untuk solat jenazah. Maka segala makmum yang hadir pun berdiri sama ada untuk solat jenazah, atau terus pulang kerana ada keuzuran lain yang memerlukan kecepatan kehadiran mereka. 


Suatu ketika tatkala bermusafir di al haramain, seusai solat fardhu, diam dalam dua tiga minit, memberi ruang jenazah dibawa ke hadapan kaabah. Dan kemudian, muazzin menyerukan solat jenazah. Maka bersegeralah imam memulakan takbir pertama ..

Yang mana satu perlu kita jadikan amalan dan SOP sebenarnya?

Wahai imam dan penguasa agama... mohon diperbetulkan

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol