Pagi Minggu di Jirat Cina

Hari pertama bekerja dalam minggu ini, penulis terlewat keluar rumah. Jam di dash board menunjukkan ke angka 7 pagi masih di kawasan rumah. Terkial-kila mengunci pintu pagar dan mendesup laju menuju ke seolah anak².

Penulis tiba di simpang Petronas terakhir bandar Gotham City pada jam 7.28 pagi. Jika ikut situasi biasa, ianya masih belum terlambat. Sayang sekali, jalan tersebut telah mengalami keadaan sesak yang luar biasa. Oh, rupanya hari ini hari pertama bulan April, berkebetulan hari Ahad. Maka penulis sudah dapat mengesan punca kesesakan. Kaum Cina berpusu-pusu menuju ke jirat untuk upacara puja kubur. Ni golongan kuburiyyun nih...

Sesak hanya selesai kira-kira 15 minit. Lantas penulis memecut laju mengejar waktu sambil berdoa agar Allah melipat bumi untuk penulis.

Penulis berjaya berada di mesin jari sekitar jam 8.02 pagi. Sewaktu menghadap bos untuk tandatangan borang lewat, beliau agak terperanjat dengan situasi yang penulis gambarkan kerana katanya di negeri kampung halaman beliau, kejadian seumpama itu jarang berlaku. Hatta beliau menggelarkan cina di Johor lebih alim dan wara berbanding cina di negeri kelahirannya...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol