Al Kisah PH di Tengah Gapura Selatan

12 Syaaban 1439 tatkala memandu melalui bulatan pertama yang boleh membawa kenderaan ke bandar tengah daerah gapura selatan, ianya kelihatan lebih sesak daripada biasa. Kenderaan yang terempang akibat lampu isyarat juga mengalir agak perlahan daripada biasa. Dari jauh kelihatan gemerlapan lampu menyinari kawasan lapang berhampiran taman tasik yang menjadi tumpuan warga kota ini menikmati waktu petang dengan aktiviti sihat seperti berjoging. Setelah dekat, kelihatan pentas raksaksa dengan banner besar bersama gambar tiga individu yang bakal mewarnai bandar tersebut tersergam indah.

Tatkala membuat laluan pertama dengan sedikit sesak, kedengaran hanya suara menggunakan bahasa Cina. Selepas membuat pusingan di bulatan, laluan kedua memperdengarkan suara juga dalam bahasa yang sama.

Akhirnya, setelah di amat-amati ada juga suara bahasa melayu daripada calun DUN yang bersempadan. Cumanya, cerita yang dibawa adalah ulangan sahaja. Menceritakan kebobrokan pemerintah secara umum. 

Daripada kehadiran, penulis memberi agakan bahawa PH mampu sekali lagi menakluk kawasan tengah ini. Meski majoriti yang turun adalah bangsa bermata sepet, dan hanya sesekali kelihatan susuk kelibat melayu, namun pengundi senyap di kalangan melayu tidak boleh kita abaikan...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol