Kemenangan di awal pagi
23 Syaaban 1439 adalah merupakan hari membuang undi untuk seluruh persekutuan Tanah Melayu termasuk utara borneo dan juga S'wak. Hari ini juga turut dikenali sebagai Pilihanraya UMUM yang ke 14...
Hari ini adalah hari Rabu. Namun pihak pemerintah mengisytiharkan hari ini sebagai hari cuti untuk membolehkan rakyat yang bekerja untuk keluar mengundi...
Penulis keluar mengundi sekitar jam 9 pagi bersama isteri. Penulis mengundi di SK Kg Melayu ... Tatkala tiba, orang ramai sudah berpusu² di pusat pembuangan undi. Penulis tatkala masuk di pintu pagar sekolah disapa oleh seorang petugas SPR bertanyakan no saluran...
"Erkk...kalau tak tahu macammana?"
"Boleh check di kaunter,,,"
Penulis sebenarnya telah melihat maklumat tersebut dalam laman sesawang namun tidak pula menyangka ianya berguna semasa hari mengundi. al maklumlah, 5 tahun sekali!!
Pusat pembuangan undi kali ini kelihatan begitu sesak meskipun baru jam 9 pagi. Suasana ini amat berbeza dengan suasana sebelumnya, khususnya 5 tahun lepas. Sebelum ini, penulis akan bersama almarhum bonda untuk membuang undi. Beliau ini sangat bersemangat untuk mengundi. Awal pagi lagi dah bersiap. Lima tahun lepas, pusat membuang undi yang sama pada waktu yang sama, hanya meyaksikan barisan pendek beratur untuk membuang undi dan kira-kira kurang daripada 30 minit, proses pengundian telahpun berakhir. Tapi kali ini, penulis berbaris panjang sehingga lebih kurang satu jam, baharulah terjumpa dengan pintu masuk pusat pengundian.
Selesai membuang undi, penulis menuju ke SK Taman Intan pula menghantar isteri untuk membuang undi. Sebelum itu, kami mengisi perut di railway station dek kerana kelaparan yang nerobek isi perut. Terpaksa pula berdiri dan menunggu pelanggan lain mengosongkan ruang. Keadaan di lokasi makanan tersebut juga agak sesak dengan pelanggan.
Keadaan di SK Taman Intan juga sesak meskipun mentari terik telah masuk ke waktu istiwa...Selepas kira-kira satu jam, baharulah kami boleh beredar. Dengan jari telunjuk kiri yang berwarna gelap menandakan tugas dan tanggungjawab kami telah selesai...
Selepas Maghrib, penulis menunggu di hadapan note book mengikuti keputusan rasmi di Awani. Pada kebiasaannya, keputusan rasmi pembentukan kjaan akan berlaku sekitar jam 12 tengah malam paling lewat. Itulah yang berlaku semasa PRU 13 lepas dimana penulis menunggu sehingga DSN dengan bangga mengumumkan pembentukan Kjaan selepas mendapat kemenangan majoriti mudah kerusi parlimen. Lepas tu tidur ajelah....Esok keluar akhbar, APA LAGI YANG CINA MAHU berikutan kekalahan teruk kerusi² komponen MCA ...
Namun kali ini ia agak luar biasa. Keputusan agak lewat diketahui. Sehingga jam 11 masih tiada keputusan rasmi. Di pihak PH, Tun telah membuat sidang akhbar mengumumkan kemenangan di peringkat pusat...
Detik terus berlalu dan pengumuman kemenangan PH di negeri² silih berganti. Paling mengejutkan ialah kemenangan di Johor, Melaka dan NS...
Akhirnya, sekitar jam 4.45 pagi, baharulah keluar keputusan rasmi oleh SPR, PH memenangi majoriti mudah buat membentuk sebuah kjaan pusat. Untuk julung kali selepas 61 tahun....Fajar 24 Syaaban adalah hari untuk Malaysia Baharu...
Syabas Rakyat Malaysia
Detik terus berlalu dan pengumuman kemenangan PH di negeri² silih berganti. Paling mengejutkan ialah kemenangan di Johor, Melaka dan NS...
Akhirnya, sekitar jam 4.45 pagi, baharulah keluar keputusan rasmi oleh SPR, PH memenangi majoriti mudah buat membentuk sebuah kjaan pusat. Untuk julung kali selepas 61 tahun....Fajar 24 Syaaban adalah hari untuk Malaysia Baharu...
Syabas Rakyat Malaysia
Ulasan