Ribut Pagi : RM400 - Gred 41 - Tabung Harapan - Piala Dunia

Ramadhan ke 15 tahun 1439 dari hijrah Ar Rasul - hujan mencurah turun menjelang Dhuha di bumi yang dimenangi pembangkang pada PRU14  (DUN). Penulis kelam kabut mengejar program yang diadakan di puncak desir angin. Bertemu pula dengan para pegawai tinggi organisasi yang bergelar gred 44 ke atas...

Isu pemberian RM400 kepada kakitangan awam gred 41 kebawah bergema di bilik perbincangan. Ada suara nakal mengatakan, jumlah RM500 yang dijanjikan oleh pemerintah sebelum itu telah disalurkan untuk tabung harapan yang berkebetulan turut dilancarkan oleh PM semasa sidang akhbar semalam. Bagi gred 41 ke bawah pula, RM100 dipotong untuk disalurkan ke  dalam tabung tersebut. Isu RM40juta untuk penyiaran world cup jjuga dipanaskan. 

"Mana mungkin dalam keadaan negara yang menanggung hutang 1 Trilion boleh menggunakan dana RM40juta untuk bola. Ironinya, dilancarkan pula tabung harapan..."

Wassup nakal juga bertebaran di dalam saluran grup memaparkan slip bank kemasukan duit derma ke dalam tabung harapan dengan nilai RM1. Logik kerana jika 30 juta rakyat menderma RM1 sudah pasti akan terkumpul 30 juta. Katakan setiap bulan setiap rakyat seramai 30 juta menderma RM1...kan berbaloi tu...boleh dapat RM360 juta...

Menurut Menteri Kewangan dalam sidang akhbar jam 3 petang 15 Ramadhan, hutang satu trilion jika dibayar setiap hari 1 juta mengambil masa hampir 2000 tahun untuk diselesaikan....huh. Beliau menyatakan lagi bahawa setiap anak yang lahir, akan menanggung hutang RM33,333.33 seorang...

Image result for duit

Pembangkang, sama memainkan peran dengan mempersoalkan keperluan tabung harapan. Mungkin mereka kurang mengerti ... Tabung tersebut diilhamkan oleh seorang gadis melayu yang bersedia untuk membantu negara. Ianya bukan idea pak menteri. Bukan pula berbentuk paksaan. Ianya adalah satu manifestasi kecintaan rakyat kepada negara. Sepertimana yang pernah berlaku di korea selatan, satu ketika dahulu dimana rakyat sudi menyerahkan emas perak kepada kerajaan untuk membantu memulihkan ekonomi. Sebagaimana rakyat sudi menderma semasa Tunku  hendak berangkat ke London bagi menuntut kemerdekaan, takkan derma dan sumbangan semasa itu diragui oleh kita generasi merdeka hari ini?

Selaku rakyat yang cintakan negara...kewajipan kita mentaati pemerintah - mendapatkan info daripada sumber sahih. Kini pak menteri kerap mengadakan sidang akhbar berbanding sebelum ini yang syok sendiri sahaja.

Kisah piala dunia sudah dijelaskan oleh menteri terlibat dimana akan wujud pulangan sebanyak RM30 juta daripada tajaan. 

Mungkin kita telah terbiasa membangkang dan belum pernah bertukar kerajaan, kita menjadi tidak keruan dan jiwa kacau...

Lebih molek membantu negara membayar hutang secara sukarela daripada membayar hutang secara paksa melalui gst 6%...

Lebih molek tidak mendapat wang bantuan hari raya tetapi tiada gst dan kenaikan harga barangan daripada setiap tahun dapat bantuan tapi habis untuk bayar gst dan belanja mahal...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol