Audit Kerajaan Baru

23 Zulkaedah tahun ke 1439 hijrah Ar Rasul penulis diamanahkan sebagai juruaudit untuk membuat pemeriksaan audit susulan bagi sub organisasi. Penulis hanya membantu ketua juruaudit untuk membuat pemeriksaan. Pengauditan adalah berkisar mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Penulis tiba di lokasi beberapa minit sebelum kemunculan ketua juruaudit. Kehadiran kami disambut oleh lima orang auditee yang terlibat secara langsung dengan proses pengauditan di lokasi. Kami disuguhkan dengan air mineral secawan plastik jernih. 

Image result for audit

Selepas membuat pemeriksaan dokumen untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan tindakan yang dilakukan untuk membuat penambahbaikan terhadap komen audit sebelum ini, kami kemudian berarak menuju ke beberapa lokasi untuk melihat keadaan sebenar beserta bukti² penambahbaikan.

Audit berakhir sekitar jam 10. 30 pagi. Mentari agak garang pada waktu dhuha itu. Audit susulan dibuat untuk melihat perkembangan terhadap teguran auditor yang dibuat beberapa bulan sebelumnya untuk memastikan segala teguran diambil kira dalam membuat penambahbaikan. Audit dibuat untuk memastikan segala peraturan yang digariskan dapat dipatuhi. Ianya bukan hanya untuk mencari kesalahan tetapi lebih kepada untuk membuat teguran dan muhasabah. Adalah silap jika kita mengandaikan pelaksanaan auidt adalah untuk menimbulkan segala kesilapan.

Sekitar menjelang zawal, penulis menghadiri jemputan majlis kenduri meraikan bakal haji. Sahabat penulis yang bertugas di masjid bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini bersama isteri dan ibunya. Penulis hadir dengan kenderaan sendiri dan tatkala masuk ke pintu dewan makan bertemu dengan pemuda berbatik bunga gelap serta bersongkok hitam. Hidangan yang disediakab berbentuk ala kadar namun menyelerakan. Ditambah dengan makanan pemanis mulut seperti kuih muih dan buah-buahan tempatan. Selepas bersalaman dan bermaafan penulis bersegera pulang ke pejabat.

Image result for kenduri menunaikan haji

Adalah menjadi budaya bagi muslim-melayu di semenanjung emas untuk mengadakan sedikit kenduri sebelum bertolak untuk menunaikan fardhu haji. Tidak diketahui dengan jelas objektif pengendalian majlis seumpama itu tetapi ada kemungkinan untuk memberikan peluang yang luas kepada bakal tetamu Allah untuk bertemu dan bermaafan dengan handai taulan dan sahabat sebelum berangkat. Manakan sempat untuk tetamu Allah ini berjalan di seluruh ceruk dan pelusuk kampung serta taman untuk bermaafan. Dengan mengadakan majlis kenduri dan makan² tetamu yang datang akan memudahkan proses memohon maaf.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol