Sayang Sarawak Sungainya Sempit

6 Zulhijjah 1439 daripada tahun hijrah Ar Rasul

Telah datang  dan sempurna perintah daripada sang penguasa organisasi bahawa penulis dan tujuh orang lagi ahlinya diminta terbang ke bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Kami memulakan perjalanan darat beberapa minit sebelum azan zuhur berkumandang. Perjalanan daripada pintu masuk tol ke lapangan terbang memakan masa tidak sampai satu jam perjalanan. Tatkala melewati bulatan, kami terpesona dengan rekabentuk masjid yang tersergam indah dengan gabungan senibina nusantara dan arab. 



Selepas menyelesaikan urusan check in bagasi secara sendiri di hadapan mesin yang dikepalai oleh dua orang yang biasa melakukan penerbangan, kami bergerak menghantar bagasi, membuat pemeriksaan masuk dengan meletakkan segala beg di atas bakul biru untuk masuk ke mesin pengimbas, diperiksa sebahagian tubuh dan kemudiannya masuk ke bilik menunggu. Seusai solat jama taqdim, kami bergerak untuk menikmati makanan tengahari. Burger King menjadi pilihan kami. Kami masuk untuk berbaris ke dalam perut pesawat air asia sekitar jam 3.50 petang. Ini adalah lawatan rasmi penulis untuk kali yang keempat tetapi merupakan kali pertama menaiki pesawat air asia untuk ke sana. Sesi sebelumnya masih menaiki pesawat MAS. 





Sebaik telah menemui tempat duduk, penulis dan salah seorang ahli rombongan duduk dalam tiga baris berhampiran belakang pesawat. Saat take off seperti biasa agak menggentarkan penulis. Beberapa minit selepas berlepas, makanan dihidangkan kepada penumpang yang telah memilih sajian. 




Sekitar satu jam 15 minit, kami telahpun mendarat dengan selamat di lapangan terbang antarabangsa Kuching. Dengan menghubungi 2 buah grab, kami bergerak menuju ke hotel The Waterfront Hotel.

Lokasi hotel adalah bersebelahan dengan bangunan mahkamah lama dan berhampiran dengan sungai sarawak dimana di sepajang tepian sungai terdapat pelbagai gerai jualan, persembahan individu, berkumpulan dan juga gerai makanan.

Seusai solat, bagi berpakat untuk berjalan menyusuri sungai. Maghrib disini m,asuk sekitar jam 6.45 minit petang. Tatkala tiba, tepian sungai sudah dibanjiri dengan masyarakat dan juga pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti yang berlaku seperti permainan kereta kecil untuk kanak², nyanyian dan persembahan secara live dan juga jualan. Oleh itu tidak hairanlah ramai dikalangan peserta program realiti hiburan dari kalangan orang kepulauan borneo kerana mereka mempunyai peluang mengasah bakat di tepian sungai tanpa rasa malu atau dipandangan lekeh oleh masyarakat. Bahkan ada yang membuat persembahan dengan hanya berseluar pendek tanpa pakaian yang mambalut tubuh.




Acara penutup ialah makan malam dimana pihak penganjur tidak menyediakannya untuk malam ini. Pesanan air dengan harga yang agak tinggi namun ianya tidak mengecewakan kerana dihidang dengan isipadu yang besar.

Kami kembali ke penginapan sekitar jam 10 malam meski suasana seolah² seperti jam 11 malam. Di hotel, mata enggan ditutup dan akibatnya terkebil² menonton televisyen hingga jam 2 pagi!!




Azan subuh daripada gajet membangunkan minda namun berat terasa tubuh untuk diangkat sekitar jam 5.20 pagi. Sekitar jam 6 15 pagi, tanah telah terang meski syuruk belum menjengah...

Kami menikmati sarapan pagi yang agak mewah sebelum masuk mendaftar dengan kaedah yang agak canggih. Tanpa perlu tandantangan. Hanya install perisian dan kemudian imbas sahaja.




Meski jadual program tertera di atas tentatif jam 8 pagi dan ianya telah disampaikan melalui e mail kepada peserta sebanyak dua kali dengan kali terakhir pada dua hari lepas dengan sedikit penambahbaikan...namun jam 8 hanya diisi dengan kehadiran tak sampai 10 % daripada kesemua yang mendaftar. Kira² selepas 30 minit baharulah jumlah peserta mula ramai memenuhi ruanhg. Lagu atau bunyian petikan gitar etnik sarawak memenuhi ruang dewan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti taklimat keselamatan tanpa suara moderator. hanya tulisan dan lagu yang memainkan peranan. Sesi pertama dimulakan dengan dialog antara pihak AKEPT, dan dua lagi tetamu jemputan atas tajuk revolusi perindustrian 4.0

Seusai dialog, sesi bergambar dan minum pagi dan kemudian diikuti oleh sesi dialog kedua yang membariskan mufti kerajaan swak, pendaftar UITM dan juga pihak UNIMAS.

Seusai makan tengahari, majlis disambung jam 2 petang dengan coffe talk yang membariskan beberapa orang pengucaptama. Sekitar jam 5, program berakhir. Kami sempat berjalan pada petang tersebut mencari oleh-oleh untyk dibawa pulang. Mengikut perancangan asal, kami akan menyeberangio sungai untuk mencari kek lapis swak, antara benda yang wajib dibawa balik ke semenanjung disamping ikan terubuk asin. Namun, dek kerana pengusaha kek telah muncul dihadapan pintu ball room seminar, maka ianya telah menyelamatkan masa petang kami dimana kek lapis boleh dibuat tempahan sahaja dengan harga yang jauh lebih murah berbanding masa dan juga perasaan seram menaiki sampan. Oleh itu, masa petang diisi dengan aktiviti mencari oleh-oleh berbentuk cenderahati...




Acara malam ialah makan malam. dengan tema hollywood glam, penulis hanya berbaju t sirt, berseluar biasa dan memakai jaket. Ketua rombongan kami berpakaian kemas dengan bow dan baju kot hitam berkilat...

Acara makan malam dengan tema kebaratan tidak menjanjikan sebarang syariah compliant yang ketat. Tanpa bacaan rasmi doa sebagaimana majlis biasa, hanya dihiasi dengan nyanyian dan tarian semata-mata.

Jamuan adalah secara berperinngkat bermula dengan ringan hingga ditutup dengan yang berat. Penulis angkat kaki selepas beberapa hidangan tanpa menunggu selesai semua hidangan dihidangkan...




Sarapan pagi kali ini senghaja memilih lokasi luar restoran. Namun garang sang mentari dhuha beserta ketebalan jerubu memaksa kami kembali ke dalam semula untuk pinggan makanan seterusnya.

Acara pagi ini hanya majlis perasmian penutup dan juga ucap tama daripada NC UNIMAS sahaja. Program berakhir jam 10 pagi. Selepas siap berkemas, kami bersegera berkumpul di lobi hotel. Sekitar jam 12, selepas pesanan terubuk sampai, kami menaiki bas yang disediakan untuk ke lapangan terbang. Kami tiba di lapangan terbang sekitar jam 12.30 dan berlari² anak untuk check in bagasi disebabkan flight kami adalah pada jam 1.15 sebagaimana tertera di boarding pass. Maka kami agak terkejar²...




Kami masuk ke perut pesawat melalui pintu belakang menaiki tangga di tengah panas mentari zuhur. Penulis dapat duduk di tepi tingkap. Pesawat berlepas sekitar jam 1.30 dan tiba sekitar jam 2.45. Pendaratan menempuh hujan dan cuaca yang kurang baik. Seusai solat, kami bergerak kembali...

Wallahu a'lam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol