Parti Agama dan Parti Nasionalis

Sempena dengan 'kemenangan' parti agama sejak malam 27 zulhijjah selepas pengisytiharan rasmi keputusan PRK Seri Setia, beberapa pernyataan manis pimpinan mereka menunjukkan betapa mereka mempunyai pandangan optimis terhadap masa depan parti mereka. 






Tatkala parti agama kelihatan begitu berahi untuk bersatu menundukkan PH bersama UMNO, kenyataan pimpinan UMNO pula kelihatan agak berbeza²










Namun, kenyataan yang dikeluarkan untuk isu anwar kembali ke parlimen hampir sama dengan sahabat yang baru sahaja disucikan oleh mereka. 

Kemanakah arah parti agama selepas ini?  Mampukah gabungan keduanya dengan kerjasama komponen BN, MIC mencetuskan fenomena baru yang bakal menggoncang PH?

Adakah tugas pembangkang hanya berilusi dan senantiasa membuat keputusan yang tidak tepat?

Secara awal, kita melihat wujud dua kelompok di dalam UMNO yang mana satu masih kental untuk mempertahankan idealisme nasionalisme pekat dan mereka dikawal oleh kaum tua yang dikemudi oleh tajudin manakala sebahagian lagi mendukung idealise nasionalisme pan liberalisme dan mereka kebanyakannya dikawal oleh kaum muda yang dipelopori oleh KJ. Golongan kaum tua agak cenderung untuk bersama parti agama setelah mereka melihat kemerosotan  sokongan yang semakin hari semakin mencair namun keikhlasan mereka untuk mendukung aspirasi kepimpinan ulama masih boleh dipertikaikan dan ini kelihatan jelas melalui isyarat awal yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS terhadap cadangan gabungan umno-pas oleh Tajudin dimana TITM mahu UMNO menggangotai PAS dan bukan hanya dengan bekerjasama.


Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol