azan sebelum mara ke medan UPSR
14 Muharram tahun ke 1440 dari hijrah Ar Rasul merupakan hari pertama kebanyakan calon UPSR menghadapi kertas peperiksaan yang pertama. Penulis antara puluhan ribu bapa yang terlibat menghantar anak sulung hingga ke pintu dewan peperiksaan bagi memberikan suntikan semangat kepada anak.
Berbeza dengan zaman semasa penulis mengambil peperiksan penilaian darjah lima sekitar tahun 1986 dahulu, kami pergi sendiri dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan. Tiada sebarang program motivasi yang dibuat di peringkat sekolah, apalagi program solat hajat. Tiusyen pun terpaksa mencari sendiri manakala pihak sekolah tidak langsung menyentuh persoalan tersebut. Sangat berbeza berbanding calon UPSR kini dimana program solat hajat sahaja diadakan sebanyak 3 kali. Itu tidak termasuk program motivasi, program selepas sekolah dengan tiusyen di bawah bimbingan guru² dan banyak lagi.
Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan surah yassin yang sangat sinonim dengan perdaban Islam wangsa Melayu. Kemudian diikuti dengan doa dan juga ucapan dari pihak guru². Pabila anak² melangkah masuk ke dewan, para ibu bapa bergerak ke surau untuk solat Dhuha dan Solat Hajat. Menariknya, sebelum mereka melangkah masuk ke dewan, seorang pelajar melaungkan azan.
Ini adalah bid'ah yang diada²kan oleh wangsa melayu. Menurut Wahbah Az Zuhaili di dalam kitab Fiqh dan Perundangan Islam, azan selain waktu solat adalah sebagaimana berikut :-
i. azan di telinga kanan kanak² baru lahir sebagaimana perbuatan Junjungan SAW yang mengazankan pada telinga kanan Hassan sewaktu kelahirannya;
ii. Azan waktu kebakaran, waktu peperangan dan dibelakang orang musafir;
iii. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan..
Ada kalanya, kerana terlalu asyik untuk beragama, wangsa ini mereka² sesuatu tanpa merujuk kepada al quran dan sunnah. Mungkin hanya dengan kalimah, kalau baik apa salahnya...khuatir satu hari nanti akan ada yang azan di hadapan bilik pengantin sebelum masuk...Wallahu a'lam
Ulasan