Kerana sekeping kertas ...

17 Safar 1438 daripada hijrah Ar Rasul, penulis memulakan safar ke pulau impian seawal waktu dhuha mula menerikkan kehangatan mentarinya. Safar ini agak penting kerana ianya adalah safar untuk membuktikan sebuah kemenangan. Ianya juga MUNGKIN safar penutup untuk beberapa episod pertapaan ke pulau tersebut sejak Ogos 2014. 



Sekitar jam 10 am, selepas menikmati sarapan lontong sate di pekan satelit, penulis meneruskan pemaduan almera putih berusia 59 bulan meluncur menuju destinasi paling jauh yang akan diterokai oleh kenderaan itu sejak dimiliki oleh isteri!!

Sebelum itu, petang Khamis, penulis ke kedai  tayar untuk menggantikan tayar hadapan kiri yang mengalami keretakan kecil. Berbimbang² sekiranya tidak ditukar ganti mampu mencetuskan letupan. Mujurlah dapat diganti dengan tayar terpakai berharga RM50 sebuah. Cukuplah kiranya untuk menyelesaikan sebuah safar panjang, Insya Allah. Nak digantu dengan yang baharu, tiada kecukupan pula untuk dimodalkan.

Almera meluncur gah di dalam trek yang dipetakan. Kadang² menganjak meter kelajuan hingga mencecah 140km/j. Berehat sebentar di stesen minyak ayer keroh untuk memberi minum petrol almera yang kehausan. Petrol kuning berjenama negara itu dihirup rakus tanpa berbaki. Meski ada satu kotak yang masih kosong pada meter petrol di dashboard, namun ianya dirasakan mampu menampung keperluan minuman kenderaan tersebut hingga tiba ke destinasi. Cuaca agak baik dan pemanduan juga kelihatan lancar tanpa halangan besar. Kami sekali lagi berhenti di Hentian Ladang Bikam sekitar jam 1 tengahari untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Kami berjaya menjejaki Jambatan Sultan Abdul Halim, yang merupakan jambatan kedua Pulau Mutiara dan terpanjang di Asia sekitar jam 4.30 petang. Cuaca agak redup. Acara pertama ialah menikmati makanan di restoran pelita. Nasi kandar menjadi menu pada Asar yang diselangi hujan lembut di bumi pulau.

Selesai menikmati makanan, penulis bergegas mencari sahabat yang telah ditugaskan untuk mengambilkan pakaian untuk majlis penerimaan sekeping kertas berharga. Selesai urusan, kami sekeluarga check in di Hotel Seri Malaysia...

Seusai jama solat malam, kami keluar untuk membeli belah sedikit keperluan. Kemudian, mencari sup Hamed dihadapan Hotel Malaysia. Kata sahabat yang menjadi pemastautin di situ, itulah sup yang paling sedap. 

Subuh hari kejayaan dimulakan dengan suara azan pertama dari masjid yang berhampiran sekitar jam 5.30 pagi, kira² 15 minit sebelum fajar. Itu keistimewaan pulau mutiara. Di sini tiada kedengaran suara bacaan ayat al quran atau tarhim subuh seperti di negara empayar selatan semenanjung emas. Tarhim dan bacaan al quran sebelum fajar adalah 'ibadah' khusus pengikut tegar ASWAJA Sub Nusantara aliran Asya'irah Wa Maturidiah sebagaimana dakwaan mereka setiap Jumaat di atas mimbar. Kegagalan untuk membaca tarhim atau ayat al quran dengan pembesar suara setiap pagi boleh menyebabkan surau atau masjid yang tersebut dicop sebagai kepunyaan golongan wahabi yang disesatkan. 

Suara azan yang agak kuat yang dipancarkan dari pembesar suara masjid juga menafikan tuduhan sesetengah pihak yang berada di tanah besar bahawa pemerintah sedia ada telah menafikan hak untuk mengumandangkan azan dengan suara yang kuat menggunakan pembesar suara.

Ya, seolah suara azan di bumi haramain, suara azan subuh dikumandangkan tepat pada waktunya. Penulis hadir dan cuba merisik² akan pegangan umat Islam di bumi ini. Adakah mereka juga berpegang kepada Salafi. Tetapi, setelah mendapat tanda² yang berlaku, maka yaqinlah penulis, amalan penduduk di sini juga sah menurut pegangan ASWAJA. Apakah petanda itu?

i. Bacaan Bismillah dijaharkan sebelum membaca surah al fatihah dan surah selepasnya;
ii. Imam membaca doa qunut pada rakaat kedua selepas ruku dan sebelum sujud;
iii. Imam menjaharkan bacaan wirid selepas solat;
iv. Imam membaca doa kuat selepas wirid

Ini adalah petunjuk yang asah mengenai pegangan mereka dan kecintaan mereka terhadap al imam as Syafie ... Namun, mereka tidak pula bersalam-salaman sambil membaca solawat dengan suara yang lantang selepas selesai berdoa. Mereka hanya bersalam-salaman biasa sahaja. Perkara ini sahaja yang kelihatan amat bertentangan dengan amalan ASWAJA Nusantara aliran Asyairah Wa Maturidiah yang didakwa setiap Jumaat oleh pengikut mereka yang tinggal berselerakan dalam empayar selatan semenanjung em yas.

Seusai solat, ada majlis ilmu yang dianjurkan. Pembesar suara tetap dilepaskan keluar tanpa ada halangan dan juga penguatkuasaan pengharaman. Keadaan seperti biasa. Tidak seperti yang dipetakan dalam minda sempit pendukung parti yang ghulul...

Seperti yang terpapar di papan kenyataan dan juga TV skrin, jadual ceramah memenuhi setiap hari bermula dengan kuliah subuh, diikuti kuliah dhuha dan diakhir dengan kuliah maghrib setiap hari. Berbeza dengan masjid kepunyaan ASWAJA Nusantara aliran Asyairah Wa Maturidiah yang didakwa setiap Jumaat oleh pengikut mereka yang tinggal berselerakan dalam empayar selatan semenanjung emas yang kebanyakannya julung kali mengadakan kuliah, khususnya kuliah dhuha. Masjid² mereka juga bersaiz besar dan dilengkapi dengan skrin TV yang memaparkan info yang berguna...

Penulis dan isteri serta seorang puteri bergerak ke UA untuk acara bersejarah sekitar jam 11 pagi walhal program akan bermula sekitar jam 3 petang. Ini untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kesesakan. Sementara menantikan waktunya, kami berjalan² di tapak pesta. Harga di tapak pesta seperti biasalah, boleh dikatakan mahal. 

Maka sekitar jam 2 petang, penulis pun masuk ke dalam dewan. Agak ketara perbezaan acara penganugerahan ini dengan organisasi penulis di mana para graduan tidak masuk secara berbaris. Mereka masuk secara individual dan diminta duduk dalam kumpulan yang telah ditandakan dan dinomborkan. Kemudian, sekitar jam 2.50, perarakan besar pun masuk. Sebelum itu, kami dihidangkan dengan iklan dan gimik pada paparan video UA tersebut.

Seramai kira² 700 orang penerima untuk sesi ini. Nama setiap graduan dibaca secara manual oleh Dekan. Semasa pelajar sepenuh masa menerima anugerah, suara sorakan jelas kedengaran mengiringi derapan kaki sang penerima. Semasa pelajar tua yang mengambil anugerah, tiada sebarang sorakan apalagi tepukan yang kedengaran. Pelajar muda kebanyakkannya adalah perempuan dan pelajar tua kebanyakkannya adalah lelaki, itu kata sahabat penulis. Betul juga...

"Mungkin lelaki datang kesedaran selepas kahwin dan bekerja manakala perempuan semangat belajar sebelum berkahwin..."

Tiada sebarang gangguan daripada pihak pengacara majlis. Masing² seolah telah sedia maklum dengan peranan masing². Selepas selesai satu sesi, pemberi anugerah akan berhenti rehat seketika. Selepas dua minit, disambung semula. Untuk memberikan ucapan pun, tiada sebarang suara jemputan daripada pihak pengacara. Pengacara hanya berperanan semasa awal bicara sahaja. Semuanya diatur mengikut sequence..Hebat sekali UA ini!!

Keesokan harinya, pakaian anugerah dikembalikan dan transkripsi pun di ambil. Hanya untuk sekeping kertas, penulis bermusafir panjang....

Perjalanan pulang mengambil masa agak panjang kerana hujan, kesesakan dan juga kesilapan memilih jalan pulang...


Wallahu a'lam




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol