sehari di MAHA

16 Rabiul Awwal tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul  

Penulis memulakan hari seawal jam 4.15 pagi. Seusai bersiap, kami sekeluarga bergerak meninggalkan kediaman menuju ke rumah ibu mertua. Jam di dashboard menunjukkan pukul 5.15 pagi tatkala kami bergerak. Selepas menghantar anak² ke rumah mertua, penulis dan isteri terus menuju ke lokasi check point untuk menaiki bas. Tatkala tiba, para peserta rombongan sudah sedia menanti. Sebaik azan subuh berkumandang, kami bergerak kesurau berhampiran. Seusai subuh, bas telah tersedia. Meskipun pada awalnya kami diberitahu bas akan tiba pada jam 5.00 pagi!!!


Sebaik kesemua ahli rombongan siap berada di dalam perut bas berwarna kekuningan itu, ketua rombongan menbuat sedikit taklimat dan apabila bas mula bergerak, doa pun dibacakan. Penulis kemudian hilang kesedaran hinggalah bas berlabuh di RnR Pagoh.

Para duyuf telah diberikan sebungkus nasi lemak dan sepeket jajan sebaik turun tangga bas menuju ke lokasi makan dan minum. Selepas 40 minit, perjalanan diteruskan dan penulis mengambil kesempatan tidur kembali. Video yang dimainkan ialah filem klasik hujan panas lakonan allahyarham P Ramle dan Siput Sarawak..


Bas berhenti di perhentian Nilai untuk memberikan peluang kepada para duyuf tuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Tatkala ini, filem labu labi pula sedang ditayangkan.


Belum sempat filem labu labi selesai, bas telahpun tiba di tapak tujuan. Berpuluh bas yang diparkir di kawasan tersebut. Kami perlu berjalan kaki sekitar 800 meter untuk tiba di pintu masuk. Lokasi pertama yang dicari ialah tandas, namun penuh dengan manusia yang menunggu. Bosan, penulis meneruskan langkah bersama isteri masuk ke galeri kelapa. Kami disambut dengan pencak silat sang penjual kelapa dan airnya yang lengkap berpakaian tradisional pahlawan melayu. Dengan membayar harga RM5, sebiji kelapa bersama air dinikmati.

Kami kemudian menyusur keluar melalui beberapa deretan jualan tanam-tanaman. Dek kerana tak boleh tahan, penulis terpaksa mencari tandas. Gadis penjual mencadangkan agar mencari tandas di atas bukit dimana tersergam sebuah dewan besar. Mencari jalan mendaki bukit dalam keadaan kritikal memang memenatkan dan terasa sangat sukar serta berintangan. Hampir 10 minit berjalan laju, lokasi yang dicari akhirnya ditemui...

Seusai menyelesaikan hajat, penulis terpaksa turun kembali untuk mendapatkan isteri. Mujurlah menemui jalan yang betul proper. Setibanya di lokasi, isteri sudah menarik muka dek kerana agak lama menunggu keseorangan. Kami kemudian bergerak menuju ke jualan kuah rojak yang menawarkan pelanggan untuk menikmati buah yang telah dipotong secara percuma.

Seusai membeli, kami bergerak terus di celahan khemah dan akhirnya mengambil keputusan memanjat bukit untuk ke lokasi seterusnya.

Apabila masuk ke dewan yang berhawa dingin, tubuh menjadi agak tenang. Maklumlah, cuaca di luar agak panas berkebetulan mentari jam 12 tengahari begitu terik dan garang. Dewan menawarkan pelbagai produk makanan, kecantikan, perladangan dan pelbagai lagi. Kami menyelesaikan solat zuhur dan asr secara taqdim di sini. Surau terlalu kecil dan agak kurang selesa dibandingkan dengan pengunjung yang berjuta, katanya. Ironinya, ada suara laungan azan zuhur yang kedengaran di dalam dewan sebaik masuk waktu.

Seusai zuhur, kami bergerak mencari ruang menjamu selera. Melintasi pentas utama yang sedang menghidangkan persembahan joget lambak. Kami terpaksa turun ke ground floor untuk mendapatkan empayar makanan kununnya.

Setiab di bawah, agak pening mencari makanan. Air mangga dan tembikai penghilang haus namun kurang umpph dengan harga RM5 cawan besar yang tidak berapa besar. Kami masuk dan kemudian bertemu dengan juadah yang kelihatan nikmat. Seusai makan, kami bergerak keluar dan sempat terpikat dengan air jus mangga sekali lagi yang kelihatan lebih menggiurkan berbanding di luar sebentar tadi.

Kami kemudiannya masuk ke bahagian lain yang menawarkan pelbagai produk makanan. Sekitar jam 3, kami bergerak ke bawah semula. Duduk semula di kawasan kelapa terbang, kami menunggu sehingga jam 4.30 petang dan isteri mengambil kesempatan membeli beberapa produk sementara penulis duduk sahaja berehat.

Jam 4.30 kami bergerak menuju semula ke bas. Agak jauh dan panas terik....Bas bergerak sekitar jam 5 petang dan penulis tertiudr sehinggalah tiba di RnR Ayer Keroh sekitar jam 6.30 petang. Mengambil kesempatan untuk makan dan kemudian menjama solat. Sekitar jam 8, bas kembali bergerak, namun sionggah membeli diesel?

Sekitar jam 1000 malam, kami tiba semula ke lokasi checkpoint subuh tadi....

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol