Catatan perjalanan : Langkasuka
20 Rabiul Awwal tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul
Penulis dan beberapa rakan daripada organisasi telah terpilih untuk menyertai kursus yang dianjurkan di kepulauan langkasuka. Kami bertolak daripada markas sekitar jam 10 pagi. Penulis sempat bersarapan bersama isteri dan anak sulung di warung lontong sate. Tapi sayangnya, yang tinggal hanya sate pada waktu itu...
Jam 10.30 kenaikan tiba di lokasi yang dijanjikan. Beberapa orang rakan sejawatan turut bersama. Kami merentasi lebuhraya utara selatan yang dijanjikan untuk ditamatkan kutipan tol dalam menifesto yang tidak kesampaian menuju ke lapangan terbang paling selatan semananjung emas.
Sekitar jam 12.00, kami tiba dan terus menelusuri urusan check-in DIY di mesin robot versi revolusi perindustrian 4.0 yang tidak lagi menggunakan manusia. Bagasi yang perlu diletak di bawah perut pesawat ditandai dan kemudian diserah ke dalam serahan bagasi. Kami kemudian mencetak boarding-pass masing² juga di mesin DIY milik syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.
Kami kemudian bergerak masuk ke dewan pelepasan dan melalui semakan diri dimana beg dimasukkan ke dalam mesin pengimbas (untuk beg yang dibawa masuk ke atas pesawat bersama pemilik). segala yang dicap sebagai logam perlu ditanggalkan dari tubuh seperti kepala tali pinggang, kunci, jam, rantai dan sebagainya.
Kami terpelosok menanti waktu berlepas yang ditulis pada jam 1.15 petang di hadapan sebuah kedai jualan jajan di balai berlepas. Suasana agak sesak dengan manusia silih berganti menanti penerbangan. Azan zuhur yang berkumandang dari corong telefon bimbit mengingatkan penulis kenangan tatkala berada di Saudi dan juga Brunei dimana suara azan berkumandang jelas dari corong suara bergema di dalam lapangan terbang. Berbeza dengan negara yang diwar² sebagai negara Islam cuntuh, tiada kedengaran suara azan, melainkan hanya suara pengumuman sahaja berkaitan penerbangan...
Sekitar jam 1.30, kami baru terima panggilan masuk dan seterusnya bergerak ke dalam perut pesawat terbang. Pasukan kami mengambil tempat duduk hot-sit iaitu di bahagian hadapan.
Pesawat bergerak laju dilandasan dan berjaya diterbangkan sekitar jam 2.00 petang. Di udara, sebaik sahaja stabil, hidangan makanan diedarkan, iaitu nasi goreng cina dan air mineral cup tanpa boleh membuat sebarangf pilihan alternatif. Seusai menikmati juadah lama yang telah dipanaskan semula itu, penulis bergerak ke tandas untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih di lokasi ribuan km daripada permukaan bumi!!
Pesawat kami mendarat selamat di pulau langkasuka sekitar jam 4.30 petang. Disini, dari pintu pesawat, hanya menuruni tangga dan berjalan agak jauh untuk masuk melalui pintu terminal...
Seusai urusan bagasi, kami berpecah kepada tiga kumpulan menuju ke hotel dengan menyewa grab. Grab yang ditumpangi kami bertiga dipandu seorang pemuda cina dengan kereta myvi versi lama. Dengan bayaran RM22, kami berjaya tiba di seaview hotel, lokasi mesyuarat.
Aktiviti menanti malam diisi dengan rehat. Seusai jama maghrib dan isya, kami turun untuk menikmati makan malam. Keadaan ruang makan agak sunyi. Kekosongan itu diisi pula dengan lagu² yang bertemakan entahlah...sendu dan mendayu...dan kadang seperti menakutkan pula!!
Kami memulakan sesi malam sekitar jam 8.30 dengan taaruf dan taklimat berkaitan mision posible yang dijangka pada jam 2 petang keesokan harinya. Kami kembali ke penginapan sementara untuk berehat.
Ruang bilik agak selesa meskipun menampilkan susunan yang agak klasik. Terdapat balkoni kecil di hujung bilik buat melihat panorama langkasuka. Dari sudut pandang itu, boleh kelihatan kubah masjid di hujung dereta rumah pangsa. Namun sejak Maghrib, tiada kedengaran azan mahupun lampu dari masjid tersebut sehingga ke hari akhir penulis menginap di situ!!
Penulis dan rakan urusetia sebilik keluar pada malam itu untuk membeli sedikit keperluan diri. Pekan Kuah yang terdekat dikunjungi dengan mengenderai kenderaan suzuki agak baru kepunyaan pihak hotel. Agak beruntung kerana pihak hotel menyediakan kenderaan untuk pihak urusetia. Terserempak dengan seorang staf lelaki di dalam lif,
"masjid kat sini dekat yang mana ?"
"Oh..kami biasa ke masjid al hana kira² 15 minit berjalan..."
15 minit....??
"Masjid kat depan tu tak berfungsi ke?
"Ntah...kami pun biasa ke al hana je..."
Kami bergerak melalui lorong dan kemudian melintasi sebuah masjid. Mungkin ini masjid yang dimaksudkan oleh staf tadi. Kalau naik kenderaan memang agak dekat. Tapi kalau berjalan kaki...jenuh juga.
Pekan Kuah waktu malam kelihatan sunyi dan kekurangan pengunjung. Dengan deretan kedai² seperti era tahun 90 an, penulis singgah disebuah kedai runcit. Pada asalnya hendak mencari kedai 24 jam tetapi kelihatan seperti menghampakan. Maka kedai ini rasanya sudah cukup untuk mendapatkan sedikit keperluan.
Sebaik selesai kami kembali semula ke hotel.
Bermalam dihotel pada malam pertama biasanya tidak membuahkan tidur yang enak. Sekejap tersedar untuk buang air. Sekejap tersedar lagi. Hinggalah menjelang jam 5 pagi, setelah alarm di HP berbunyi, tidur mula menjadi sedikit enak. Laungan azan HP seolah tidak memberi impak hinggalah akhirnya bangun sekitar jam 6.15. Seusai Subuh, kami berehat sebentar menanti tanah menjadi terang. Syuruk di pulau tersebut ialah sekitar jam 7.15 am.
Kami turun ke restoran untuk menikmati sarapan pagi. Suasana tetap hening dengan alunan lagu yang sedih dan tidak menaikkan semangat. Menu sarapan agak lumayan. Ada nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih, salad, bubur, aneka telur danjuga makroni bakar. Agak berbeza jika menginap di hotel biasa berkursus...
Seusai menikmati sarapan, kami bergerak semula naik ke penginapan di tingkat 5 untuk membuat persiapan. Kami kemudian turun ke aras 2, dimana terletak dewan seminar. Peserta sudah agak ramai yang hadir.
Sesi I dimulakan dengan pegawai dari KPM yang membicarakan mengenai revolusi perindustrian 4.0 sebagaimana tajuk yang telah diberi. Seusai minum pagi, penceramah daripada UPSI dan juga Presiden GAKUM memberikan input berkaitan revolusi dan evolusi.
Senarai nama peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan telahpun di tampal. Peserta diminta untuk menetapkan seorang ketua kumpulan. Ceramah tengahari berakhir sekitar jam 1.00 tengahari dan peserta diminta berkumpul di lobi dengan seorang ketua yang dilantik sekitar jam 2.15 petang.
Seusai jama, kami turun dan peserta telahpun berkumpul. Urusetia telah bersedia dengan kunci empat buah kenderaan. Ketiga tiga kumpulan diminta untuk menaiki kenderaan yang telah disediakan menuju ke CP yang telah ditetapkan.
CP pertama ialah HIG, iaitu kompleks beli belah yang danggap syurga coklat. Penulis pun kurang arif mengenai perkara tersebut. Tetapi apabila peserta meninjau ke lokasi yang dimaksudkan, sememangnya terdapat banyakjenis coklat yang dikatakan berharga murah. Patutlah hampir kesemua staf mengambilkesempatan membuat kiriman pembelian...
CP seterusnya ialah makam mahsuri. Jalan menuju ke makam masih menggunakan jalan lama. Sebenarnya, sepanjang jalan di pulau tersebut masih boleh dianggap jalan lama dan kurang moden. Kunjungan ziarah ke makam lagenda berketurunan siam itu seolah satu kewajipan kepada mana² pengunjung ke pulau tersebut. Inilah bid'ah sebenarnya. Penulis enggan masuk ke dalam kawasan makam. Lagipun bayaran RM12 perlu dilunaskan untuk ziarah makam. Sungguh pintar mereka memanipulasi makam beliau. Andai kata beliau bangkit semula dari kuburnya, pasti beliau tidak redha perihal kematian dan kuburnya diperdagangkan kepada anak bangsa sendiri. Peserta diminta membuat sedikit tugasan di kawasan ini. Mereka perlu melakonkan peristiwa pembunuhan tersebut dan membuat ulasan berkaitan perkara² yang boleh menyebabkan kejatuhan sesebuah kerajaan.
CP mahsuri ditinggalkan dan seterusnya ke kawasan beras terbakar. Kawasan ini adalah dikatakan tempat dimana beras disimpan di bawah tanah bagi bekalan makanan penduduk pulau tersebut. Sayangnya, semasa serangan siam, kawasan ini telah dapat dikesan dan beras telah dibakar oleh tentera siam. Kini jika kita mengais pasir di halaman rumah Ku Husin, tiada lagi beras terbakar yang diperolehi. Beberapa butir beras terbakar hanya diletak di dalam kaca untuk pameran. Disebelahkaca tersebut, ada beberapa knot duit yang dipercayai diisi oleh pengunjung yang suka mempercayai perkara khurafat...
Acara ini berakhir sekitar jam 6 petang. Peserta kemudian bebas untuk melakukan aktiviti pembelian sehingga jam 6.45 petang.
Penulis kembali lebih awal, sekitar jam 5.00 petang. Namun, pada jam 6 petang, bekalan elektrik telah diputuskan untuk kerja² pembaikan. Hotel menjadi gelap menjelang senja. Inilah kali pertama dalam sejarah perkhidmatan penulis di sektor awam, apabila menghadiri kursus atau bengkel dimana² hotel, elektrik putus.
Elektrik kembali pulih sekitar jam 6.30 petang. Seusai maghrib, kami turun menikmati makan malam dan seterusnya bersedia untuk sesi refleksi kembara. Peserta turun agak lewat pada malam ini. Mungkin kerana mereka keletihan. Maka sesi hanya bermula sekitar jam 8.45 malam.
Sesi Coffe Talk bermula jam 9 dan berakhir pada jam 11 malam. Panel kelihatan bersemangat begitu juga dengan peserta yang membuat pertanyaan kepada panel.
Subuh Jumaat kami bermula sekita jam 6.40 pagi. Kami kemudian turun ke coffe house menikmati sarapan pagi. Pagi ini ada hidangan spagheti. Telur separuh masak yang ditempah agak menghampakan kerana tidak seperti selalu. Ianya agak keras.
Sesi akhir jam 8.30 pagi bersama pengerusi KEPAK. Sesi beliau berakhir jam 10.30 dan penyampaian sijil diadakan. Perbincangan dibuat dengan beberapa panel semalam berkaitan penubuhan sebuah entiti berkaitan untuk memperjuangkan serta membela masa depan kami.
Kami check out sekitar jam 12.15 dan selepas menikmati makan tengahari, bergegas menaiki bas yang sedia menunggu sekitar jam 12.45 tengahari.
Kami tiba di lapangan terbang sekitar jam 1.15 tengahari. Selepas check-in bagasi, kami menyelesaikan solat dan masuk ke balai pelepasan. Pesawat yang dijanjikan pada jam 2.50 petang ditunda ke pukul 3.30 petang!!
Pesawat hanya berlepas sekitar jam 4 petang. Pemadangan indah langkasuka dari angkasa amat meruntun jiwa. Cuaca di atas agak kurang baik menyebabkan kami dilarang menanggalkan tali pinggang tempat duduk. Sekitar jam 4.30, kami sudah masuk ke dalam lapangan terbang hujung semenanjung emas.
Wallahu a'lam

Ulasan