Balada Seorang PPT : Terasa Kerdil Diri Ini

Kursus Transformasi PPT - amat gah sekali menjulang nama organisasi meniti bibir penceramah jemputan. Dikhabarkan, organisasi kami adalah merupakan yang pertama berjaya mengadakan kursus seumpama ini dengan fokus kepada jawatan ini.


Diskripsi Tugas Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Hasil siasatan yang tidak bersifat emperikal, didapati masih tiada tanda² yang menunjukkan wujudnya sebuah pertubuhan atau kesatuan, atau persatuan mahupun kelab yang fokus terhadap perjuangan PPTdi kampus² universiti awam - UA.

Penceramah menekankan peri pentingnya ditubuhkan sebuah badan yang mampu bersuara untuk PPT. PPT yang digelar sebagai Pegawai Paling Teror oleh salah seorang penceramah adalah satu gelaran yang agak gah sebenarnya.

Beliau menekankan bahawa PPT perlu menguasai lima bidang utama dalam pentadbiran iaitu

i. Pentadbiran
II. Perkhidmatan 
iii. Kewangan
iv. Aset / harta
v. Pengutkuasaan

Beliau menyatakan lima elemen ini adalah teras utama yang perlu dikuasai oleh seorang yang bergelar PPT. Dalam elemen pentadbiran misalnya, segala perkara berkaitan dengan peraturan dan pekeliling berkaitan perlulah dikuasai dengan baik dan boleh dijawab apabila timbul sebarang pertanyaa. PPT seharusnya menjadi tempat rujukan utama di organisasi dan sub organisasi. Mereka perlu diberikan jawatan atau kuasa sebagainya yang perlu dengan tujuan penubuhan jawatan mereka.

PPT perlu mengetuai unit-unit operasi dan juga pentadbiran. Pegawai bergred 41 ke atas seharusnya menumpukan atau fokus kepada pembuatan dan penggubalan dasar semata². Mereka seharusnya menyerahkan urusan pentadbiran pejabat kepada ahlinya. Tidak perlulah seorang yang bergred 41 masih menjaga hal ehwal kenderaan, contohnya. Biarkanlah kerja-kerja pengoperasian ini diketuai oleh PPT pelbagai gred daripada 29 hingga 40!!

Realiti hari ini PPT masih belum mampu menguasai sepenuhnya kelima-lima elemen yang disebutkan. Mereka kadang² masih teraba² mencari identiti diri . Ada kalanya mereka menjadi kerani dan ada kalanya bertindak seolah pegawai bergred  dan ke atas..

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya PPT di seluruh UA mengorak langkah pertama, dengan menubuhkan sebuah organisasi yang mampu menjadi pejuang dan wadah untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap pentadbiran. 

Mungkin di kebanyakan UA, PPT terperangkap dalam kesatuan yang ditubuhkan atas nama untuk memperjuangan golongan pelaksana, daripada gred 11 hingga ke gred 40. Namun, gerakan ini perlu melihata banyak skim selain N. Mereka juga terpaksa memperjuangkan gred S, B, JA dan sebagainya hingga fokus perjuangan untuk PPT sering ketinggalan dan kurang mendapat perhatian. 

PPT di UA harus bangkit segera dan bergerak bersama untuk memperjuangkan nasib mereka sendiri. Masih belum wujud gred 40 di mana² UA untuk PPT. Bahkan untuk mendapatkan gred  36 secara kenaikan pangkat juga sering dipandang sepi dan diperlekehkan oleh pihak pengurusan. Tanpa suara lantang dan kesatuan yang mantap, nasib PPT di UA mungkin akan terus terbiar tanpa sebarang pembelaan. Tiada sebarang tindakan untuk grooming bakat mereka dan membentuk mereka dalam pelan penggantian untuk menggantikan para pentadbir di mana² UA. Kebanyakan hanya dimatikan pada skim TBK 32 sahaja dan masih belum ada pun yang mencapai TBK kedua untuk 36 setakat ini. Maka untuk mengecapi gred 40 apatah lagi...

Suatu ketika dahulu bahkan di pejabat² kerajaan persekutuan dan negeri, gelaran yang diberikan kepada mereka pada awalnya ialah E0 - Pegawai Eksekutif. Maka apabila mencapai maqam kanan, akan disebut sebagai Pegawai Eksekutif Kanan - SEO. Namun, apabila mencapai makam gred 40, tentu sahaja memakai gelaran Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO. Hal gelaran ini tentulah tidak menyenangkan para pegawai di gred 41 ke atas. Tetapi malangnya, gelaran PPT seolah dinjak² dengan merendahkan mereka sebagai penolong pegawai sahaja tetapi wujud pula gelaran jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan yang seolah merendah martabat gelaran PPT. Begitu juga dengan gelaran Pegawai Kastam untuk gred KP19 sedangkan untuk gred 41 dalam perjawatan kastam memakai gelaran penguasa Kastam, begitu juga dengan gred KP 29 kastam memakai gelarang penolong penguasa kastam...

Relakah gelaran PPT ini dinjak-injak dan diperlekehkan sebegitu rupa? Ada yang berkata, itu hanya gelaran sahaja. Tetapi dari segi imej dan harga seorang PPT, adakah perlu ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang pembelaan? Adakah PPT pada suatu masa kelak boleh dijawat oleh minimum pemegang sijil SPM sahaja sebagaimana yang berlaku dalam skim NP29 gelaran penghulu?

Pembinaan imej dan pengukuhan kredebiliti PPT perlulah diberikan fokus utama dan dalam masa yang sama pengukuhan skim dan laluan kerjaya seorang PPT juga turut perlu disuarakan kepada pihak pengurusan. Pihak pengurusan juga sebenarnya perlu sedar bahawa mereka perlu mengorak langkah memperbaiki skim ini yang merupakan tunjang utama dalam operasi di mana² organisasi...


Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol