Sembang Selepas UPSR
Tatkala berasak² berbaris untuk membuat pembelian dan pembayaran yuran sekolah anak² di suatu pagi, sempat berbual berkaitan pencapaian anak pra-UPSR. Perbualan yang tidak disengahajakan itu berkisar pada mulanya berkaitan anak² yang berkebetulan berada dalam kelas yang sama pada tahun 2019.
Sebelum itu, penulis agak tergesa² mencari barisan untuk membuat pembayaran. Aturan barisan yang diletakkan pada tahun ini agak kurang kemas. Ruang dewan terbuka yang luas 'kurang' dimanfaatkan oleh pihak pentadbiran untuk membuat urusan menjadi lebih licin.
Pada mulanya, penulis telah tersalah mengambil barisan. Mengikut jadual asal, waktu bermula pada jam 10.00 am. Tetapi, tatkala penulis tiba pada jam 9.50 am, kaunter telah sesak dengan ibu bapa. Kemudian selepas diselidiki melalui pertanyaan kepada beberapa responden, baharulah ditemui jalan sebenar untuk berbaris mengikut kelas.
Berdiri di belakang salah seorang bapa kepada pelajar yang mengambil keputusan UPSR 2018. Menurutnya, anaknya telah mendapat tawaran ke MRSM dengan hanya menggunakan keputusan 4A dan 2 B..
Dan kisah² itu bertukar ganti dengan kisah anak ibu bapa yang lain yang menyatakan anaknya mendapat tawaran SBP dan sebagainya.
Betapa isu tawaran masuk ke sekolah berprestasi tinggi adalah perbualan hangat sekitar bulan disember oleh ibu bapa yang terlibat. Ramai juga yang gagal untuk ke sekolah tersebut. Masih bersyukur kerana masih dapat bersekolah di sekolah harian.
Ibu bapa masih terbawa² suasana mengagungkan sekolah berprestasi tinggi seperti MRSM, SBP dan paling akhir ialah SMKA. Mentaliti masih lagi beranggapan bahawa kejayaan itu mampu dimiliki melalui UPSR. Namun hasil testimoni sebenarnya tidak seindah itu. Ramai yang cemerlang di peringkat sekolah rendah tetapi diakhir perjalanan tidak seperti yang diimpikan. Ironinya, ramai yang lemah di peringkat rendah, tetapi dapat berakhir dengan menggenggam Ph.D di tangan. Sistem pengajian bersijil telah menjadi suatu kaedah yang diterima oleh minda orang kita. Sistem pengajian bersanad pula semakin dilupakan dan dipandang enteng.
Wallahu a'lam
Ulasan