SKT Tahun baru : Recycling or what?

Seperti awal tahun sebelumnya, setiap organisasi akan menetapkan SKT - Sasaran Kerja Tahunan untuk dijadikan matlamat yang perlu dicapai pada akhir tahun kelak. Sebagaimana biasa, ketua pejabat atau organisasi akan membuat penetapan SKT untuk tahun tersebut.


Namun pernahkah kita terfikir, sebagai seorang Muslim, apakah pernah kita menetapkan SKT tahunan kita?



Mungkin kerana berlatar belakang pendidikan umum di negara semenanjung emas, ditambah dengan keadaan semasa dan persekitaran, kita kerap mendengar secara stereotype akan ungkapan azam tahun baru pada saban tahun. Dan pada akhir tahun, kita kerap di hidangkan pula dengan azam yang tidak dapat dilaksanakan. Keazaman remeh seperti hendak mengurangkan berat badan, sehingga membian sebuah empayar perniagaan adalah antara yang disogokkan kepada khalayak saban tahun.



Namun selaku seorang muslim, pernahkah kita membuat penetapan SKT untuk diri sendiri? Adakah masjid yang diurus oleh mukmin itu ada membuat SKT tahunan mereka? 



Selaku seorang muslim, mungkin kita boleh dipandu dengan beberapa perkara yang dijadikan contoh untuk penetapan SKT tahunan sebagaimana berikut :-


i. Mengejar solat jamaah 40 hari tanpa tertinggal takbiratul ula - 


عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjema’ah dengan mendapatkan TAKBIR PERTAMA (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” (HR Tirmidzi No: 241)
ii. Membaca al quran setiap hari tanpa tertinggal, sekurang²nya satu muka setiap hari - 
Dari shahabat Abu Musa Al-Asy’ari radhiallahu ‘anhu berkata, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

(( مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ : رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ ، وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ القُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ : لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ ، وَمَثلُ المُنَافِقِ الَّذِي يقرأ القرآنَ كَمَثلِ الرَّيحانَةِ : ريحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ ، وَمَثَلُ المُنَافِقِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ القُرْآنَ كَمَثلِ الحَنْظَلَةِ : لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ )) متفقٌ عَلَيْهِ .

“Perumpaan seorang mu`min yang rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Al-Atrujah : aromanya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan seorang mu`min yang tidak membaca Al-Qur`an adalah seperti buah tamr (kurma) : tidak ada aromanya namun rasanya manis.
Perumpamaan seorang munafiq namun ia rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Raihanah : aromanya wangi namun rasanya pahit. Sedangkan perumpaan seorang munafiq yang tidak rajin membaca Al-Qur`an adalah seperti buah Hanzhalah : tidak memiliki aroma dan rasanya pun pahit.” [Al-Bukhari 5427, Muslim 797]
iii. Menyebarkan salam - 

Riwayat Thurmudzi dari Abdullah bin Sallam, Rasul bersabda :

يَا أيُّهاَ النَّاسُ أَفْسُوْا السَّلاَمَ وَ أَطْعِمُ الطَّعاَمَ وَ صَلُّوْا بِالَّيْلِ وَ النَّاسُ نِيَامُ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

“Wahai manusia, sebarkanlah salam dan berilah makan dan sholatlah pada saat orang-orang tidur, maka engkau akan masuk surga dengan selamat.”

Tiga SKT ini adalah yang terpenting di antara yang boleh disematkan di dalam dada mukmin untuk mengharungi tahun baru 2019. Selamat meneruskan kehidupan.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol