Outing : 1991 dan 2019

Jauh sangat agaknya perbandingan tersebut. Terlalu panjang zaman yang ditempoh. Tatkala penulis berada di sekitar kota gotham city semenanjung emas menjelang waktu asar, terpandang beberapa pelajar berbaju batik, berseluar gelap dan memakai alas kaki bukan kasut berlegar di tepi laluan sebuah kompleks membeli belah. Masing² kelihatan membawa sekotak besar maggi. Hanya seorang sahaja yang membawa beg plastik besar berisi tin biskut. Mungkin mereka menunggu kenderaan grab untuk pulang ke hostel berdasarkan HP yang sibuk dibelek di tangan salah seorang daripada mereka. 

Image result for maggi sekotak

Kami dahulu tahun 1991 untuk outing dari asrama, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah mengambil buku bank daripada guru bertugas. Untuk mendapatkan buku bank, terpaksa mengisi borang dimana had keluaran maksimum wang adalah sebanyak RM90.00 sahaja. Sebaik mendapat kelulusan, buku diserah dan kami bergerak ke pekan kecil hanya berjalan kaki. Terpaksa beratur agak panjang di kaunter untuk menuunggu giliran. Sebaik selesai, kami akan bergegas ke pekan kecil untuk menikmati cendol. 

Related image

Pakaian kami adalah berbaju batik, berseluar putih dan berkasut hitam. Memakai alas kaki selain kasut adalah satu kesalahan. HP? Jangan mimpi la. Zaman tu belum terfikir pun agaknya. Beli barang ala kadar, kemudian berjalan pulang sejauh 5-6 km. Jikapun mahu ke bandar besar, hanya bas berhenti-henti dengan tiket selebar tapak tangan.

Barang yang dibeli jarang berbentuk stok maggi sekotak kerana di koperasi ada dijual maggi dan boleh dibeli semasa prep malam. Maggi seolah-oleh menu harian yang dilahap seusai prep malam, sama ada secara mentah (dimakan seperti mamee) dengan curahan perisa monosodium ataupun dimasak dengan menggunakan heater di dalam baldi jika dimakan beramai². - ini biasanya dilakukan oleh golongan senior. 

Barang seludup seperti rokok pada zaman dahulu mungkin dibeli secara sorok². Dah nama pun bahan seludup kan. Namun ironinya, jarang sekali terkantul sewaktu pembelian. Ialah, mana nak terlarat warden memeriksa barang yang dibawa masuk ke hostel setiap kali kami pulang dari outing.


Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol