Syoknya menjadi pelajar PJJ

Disamping kita merebut tips untuk menjadi pelajar PJJ dari kacamata ahli dunia, mari kita selami pula tips yang sama dari kacamata akhirat.

Of course, tujuan atau nawaitu untuk kita melanjutkan pengajian itu untuk apa sebenarnya? Untuk mengejar sehelai kertas bernama ijazah? Betul...the selepas itu?

Seorang sahabat sufi penulis pernah bertanya perkara ini,

"Kalau kau nak further untuk dapatkan jawatan, lupakan aja..."

Seorang pensyarah sains politik yang dikagumi pernah menyatakan, "Sepatutnya tujuan menghadiri kursus PJJ ini adalah kerana keghairahan terhadap ilmu. Maka nanti akan berhasil sesuatu yang dibuat dengan ikhlas dan jitu..."

Image result for ijazah pjj

Ye betul...Jika kita datang hanya untuk keduniaan, maka kita tidak hirau kan sama ada kajian atau kerja kursus yang kita lakukan halal atau haram?

Bagaimana itu?

Iyelah, kalau tugasan yang disuruh kita lakukan kita lakukan sambil lewa, tidak bersungguh, mengharapkan idea orang, menyalin idea orang lain yang merupakan jenayah keilmuan, mengupah orang lain buat...then akhirnya kita berijazah...halalkah ijazah itu?

Atau kita bekerja, kita buat tugasan semasa waktu kerja, kita taip tugasan menggunakan PC pejabat, kita print kerja guna mesin cetak pejabat, kertas pejabat, dakwat pejabat....then bergraduasi akhirnya, dengan cemerlang...halalkah ijazah kita itu?

Then ditakdirkan kita dapat kerja dengan ijazah itu, dimana semasa PB kita bawa 'toyol' dalam poket seluar, dapat markah baik...ditawarkan kerja baharu..halalkah gaji kita tatkala itu?


Dimana keberkahan yang dicari itu? Ataukah kita hanya berpura² sahaja?

DImanakah keikhlasan kita untuk mencari ilmu? Then kita pergi lebih deep, berpahalakah segala jerih payah kita di sepanjang berada di persada PJJ?

Ya Allah! Berkahilah usaha kami...Ampunilah dosa dan kealpaan kami

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol