kesatuan melayu : kesatuan Islam?

1. Sejarah politik semenanjung emas sekali lagi melakarkan sebuah epik terkini apabila parti islam dan parti nasionalis telah bersetuju secara rasmi untuk menzahirkan persandingan mereka dimana hubungan mereka senantiasa dipenuhi dengan teka-teki sejak sebelum PRU ke 14;

2. Ini bermaksud parti Islam telah berijtihad dan mengeluarkan qaul jadid bahawa parti nasionalis telah menggungguli kepatuhan syariah dalam siasah dan ini sekaligus memadamkan qaul-qadim dimana mereka menghukumkan parti nasionalis sebagai parti yang tidak Islam dari kacamata mereka;

3. Para pendudung (atau wala') parti Islam sejak awal lagi, bahkan sejak tercetus isu 90juta begitu yaqin bahawa mereka akan melangkah ke Putrajaya seawal sebelum PRU ke 15;

4. Parti Islam seolah mengambil langkah 'berundur ke belakang' dimana mereka kembali ke pangkuan dan dakapan parti nasionalis yang sememang mereka adalah berasal daripada embrio yang sama suatu ketika dahulu;

5. Parti Islam juga pernah bekerjasama dengan gabungan parti-parti nasionalis dan sosialis sekitar tahun 70an untuk menyahut seruan PM tatkala itu bagi penyatuan bangsa selepas tragedi berdarah Mei 13;

6. Namun akhirnya parti Islam telah disepak keluar tanpa sebarang rasa bersalah dan ini mengakibatkan pimpinan selepas itu menolak kerjasama dengan parti nasionalis untuk selama-lamanya;

7. Oleh kerana politik demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam negara majmuk seperti semenanjung emas, pimpinan tertinggi parti Islam akur untuk menuju kemenangan yang menguntungkan Islam, mereka perlu bergabung dalam satu ikatan politik yang mantap antara parti² politik;

8. Angkatan Perpaduan Ummah anjuran seorang tokoh dari parti nasionalis yang menggabungkan parti Islam dan serpihan parti nasionalis telah berjaya menumbangkan serambi makkah ke tangan parti Islam hingga ke hari ini;

9. Isu sodomisme yang melanda pimpinan negara telah memberikan impak penubuhan sebuah pakatan pembangkang yang lebih mantap dengan kesemua parti pembangkang daripada pelbagai aliran menyertainya;

10. Pakatan ini benar-benar memberikan impak berskala besar dimana PRU ke 11-13 menyaksikan satu demi satu negeri melayu jatuh ke tangan pembangkang seperti Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor;

11. Meskipun berjaya merampas kembali Kedah dan Terengganu, parti nasionalis akhirnya rebah pada 9 Mei 2018 selepas 61 tahun bertahan;

12. Kini, parti nasionalis dan parti Islam kembali ke mahligai bahagia;

13. Persoalannya, jika benar penyatuan ini atas nama Islam-Melayu, mengapa semasa parti nasionalis kuat dan gagah mereka tidak ada 'hati' untuk bersama dengan parti islam?

14. Mengapa apabila lemah baharu hendak kembali kepada pati yang dijenamakan Islam ini?

15. Adakah selepas mereka berjaya menang bergaya kelak, parti Islam akan dilayan dengan baik atau disepak semula seperti pada tahun 70 an dahulu?

16. Secara sifir politiknya, mampukah dua parti melayu-islam ini mendapat undi majoriti masyarakat semenanjung emas yang berbilang kaum?

17. Keputusan PRK di Parlimen CH dan DUN Semenyih dilihat sebagai makmal ujikaji kerjasama kedua² parti yang menampakkan hasil yang agak baik;

18. Adakah dengan slogan melayu-islam mampu meraih undi majoriti kaum selain melayu untuk menguasai putrajaya?

19. MCA dan MIC daripada komponen parti nasionalis juga telah menunjukkan keresahan dan cuba untuk membentuk satu pakatan lain;

20. Sekali lagi ditegaskan, mampukah parti berasaskan kaum menguasai negara berbilang kaum?

21. Katakan MCA-MIC-DAP bersatu menentang gabungan parti² melayu, mampukah terbentuk kerajaan yang benar-benar adil?

22. Sampai bilakah mentaliti rakyat Malaysia akan terus tebawa² dengan sentimen berasaskan kepada perkauman?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol