Melaka bertakbir

Malam 1 Rajab 1440 selepas hijrah ar rasul


Penulis dan anak² bergerak menuju ke melaka. Perjalanan bermula sekitar jam 7 malam. Cuaca agak mendung tatkala itu. Ketika masuk ke Yong Peng, hujan mula turun mencurah dan semakin melebat. Syukur kerana Allah masih menurunkan hujan dalam kegersangan cuaca monsun barat daya yang mengering. 

Sehingga tiba di Pagoh, hujan masih melebat. Lori adalah kenderaan yang paling banyak merajai lebuhraya. Kami tiba di hotel MTIC sekitar jam 9.30 malam. Kami kemudian keluar untuk makan di tepian sungai Melaka. Harga makanan amat mahal di situ. Di sekitar masjid kampung hulu.

Keesokkan harinya, kami check out sekitar jam 12.30 tengahari. Singgah solat Jumaat di masjid al azim. Selesai imam membacakan doa selepas solat, terdengar kalimah

"Takbiir!!" 

Disambut oleh laungan Allahu Akbar yang melemah.

"Takbir!!" kali kedua

Laungan Allahu Akbar semakin lemah dan hampir tidak kedengaran,

Ingatkan ada perhimpunan di dataran selepas solat. Keluar ke pintu, ahli jamaah berpusu² keluar dan tiada sebarang perhimpunan pula yang diadakan.


"salahkah bertakbir dalam masjid?"

Tentu tidak salah. Tiada siapa yang mengatakan salah.

"Habis tu kenapa nak sibuk?" 

"Kat luar tu ramai menghina nabi...kenapa korang tak kisah?"

Mungkin dia baharu keluar dari gua gamaknya hingga tak tahu kisah yang berlaku di luar.

Perihal takbir, mudah sahaja. Katakanlah selepas imam berdoa tadi, seseorang bertakbir seperti takbir hari raya, agak² dapat diterima ke? Tentu tiada siapa yang akan berkata., salahkah bertakbir dalam masjid kerana bacaan takbir irama hari raya hanya sesuai dengan sunnah yang dilaksanakan untuk menghiasi dua hari raya, tidak pada ketika yang lain.

Habis apa masalah dengan takbir tadi?

Masalahnya ialah ianya hampir sama dengan slogan yang digunakan oleh parti islam. Oleh itu, mungkin sahaja tujuan bertakbir itu adalah sebagai dokongan oleh penganut ajaran parti tersebut, ataupun ianya mirip kepadanya. Apakah salah jika hanya terus sahaja bertakbir tanpa perlu menyebut terlebih dahulu kalimah 'takbir'? Tentu itu yang terlebih baik

Umpamanya apa yang sangat biasa diamalkan oleh muazzin di akhir² ini dengan berdiri di tempat untuk beriqamah dan menyebut kalimah 'sof' sebelum melafazkan kalimah² iqamah hingga mengelirukan orang lain hingga mereka meyangka bahawa kalimah 'sof' itu adalah juga merupakan kalimah daripada iqamah. Walhal urusan sof itu adalah merupakan urusan imam dan bukan urusan muazzin. 

Seusai Jumaat, bergerak ke dataran pahlawan. Semasa zaman belajar di ITM Melaka dahulu, dataran ni belum wujud. Lokasi paling hot-spot hanyalah di MP - Mahkota Parade. Kini semakin banyak pusat yang dibuka...

Sempat menjamu selera di lokasi food court dimana dihadapannya terbentang kolam pancuran air dengan model kota a famosa. Menu yang di pesan ialah laksa asam - sebab tu yang paling murah rasanya.


bersama dengan rojak buah. Tapi...rojak buah ni...hanya tinggal nama sahaja. Sebab isinya yang boleh kita sebut sebagai benar² buah hanya nenas. Itupun sekitar dua tiga potongan kecil sahaja. Yang lain hanya timun dan petis sahaja ...







Kami sempat singgah di masjid selat yang dibuka sejak 2006. . Penulis dah lama tahu, cuma tak pernah jejak kami. Tatkala tiba, ramai pelancong asing yang berkeliaran. Pakaian mereka dikhaskan menutup aurat dan disediakan oleh pihak pengurusan masjid seblum masuk..



Kami kemudian bergerak pulang sekitar jam 6.00 petang...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol