Ragaman di Kaabah
Kota suci Makkah yang mengandungi ribuan hikmah itu dikunjungi lagi...betapa syukur kerana dapat hadir setelah kali terakhir pada Mei 2012.
Banyak perubahan telah dilaksanakan oleh pemerintah Saudi. Penulis mendarat di lapangan terbang King Abd Aziz tepat jam 11.45 malam waktu saudi, 16 Rejab 1440. Sebaik mendarat, pengumuman dibuat agar penumpang yang berumrah perlu menunggu terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada penumpang komersial keluar terlebih dahulu. Sebaik selesai, para jemaah diminta keluar dan dikehendaki menaiki sebuah bas yang telah disediakan. Arab² bersuara menyuruh jemaah segera memenuhkan ruang kosong di dalam perut bas dengan segera. Sebaik penuh, bas bergerak tapi hanya kurang 1 km bas berhenti dan kami turun.
Kami masuk ke dalam terminal hajj dan melalui pemeriksaan imigresen saudi. Polis tentera Saudi yang berada di kotak booth pemeriksaan kelihatan mengantuk. Jari telunjuk diminta untuk diletakkan pada satu alat untuk pengecaman elektronik. Kemudian, kesemua jari diminta diletakkan. Kemudian, diminta berdiri untuk diambil gambar..
Seusai pemeriksaan, kami berebut untuk mengambil bagasi yang berpusing pada mesin. Ada jemaah yang belum solat di atas pesawat menyelesaikan solat mereka. Sebaik selesai urusan bagasi, kami keluar dan beg kami melalui satu mesin imbas yang sepertinya tidaklah terlalu ketat. Maklumlah malam sudah bertambah tua.
Di luar, sudah banyak jemaah yang duduk menunggu sambil menyelesaikan solat bagi mereka yang belum. Penulis sibuk mencari booth untuk mengaktifkan sim kad mobily sauid untuk membolehkan panggilan dibuat beserta data internet. Akhirnya, selepas bertemu SAR50 perlu dibayar dan salinan visa juga diperlukan untuk pendaftaran. Jari telunjuki juga turut diperlukan untuk pendaftaran. Keupayaan teknologi tinggi Saudi boleh dibanggakan berbanding teknologi yang digunapakai oleh negaraku.
Mobily mungkin menawarkan satu pakej yang menarik untuk jamaah haji dan umrah yang berada di sana untuk tempoh yang agak singkat. Dengan pembayaran permulan SAR50, 1G data akan diperolehi.
Bas yang mengangkut kami telah menunggu di lokasi. Namun, pengumpulan jemaah agak terganggu disebabkan jemaah yang masih menunaikan solat. sekitar jam 2.30 pagi, baharulah jemaah selesai dikumpulkan di dalam bas. Sebelum bertolak, pihak penguatkuasa undang² saudi mahu memeriksa salinan visa setiap jamaah.
Bas bergerak sekitar jam 3 pagi merentasi lebuhraya tiga lorong menuju ke haraam as syarif. Sepanjang perjalanan, mutawwif bertugas menceritakan akan kelebihan makkah dan akhirnya bertalbiah tatkala bas menghampiri kota suci tersebut. Kami tiba di hadapan hotel dar ieman sekitar jam 4 pagi. Hotel yang hanya 50m sahaja berjalan kaki ke dataran masjidil haraam. Kami disambut oleh beberapa mutawwif di situ. Urusan bagasi diuruskan oleh pihak hotel dengan bayaran tips SAR 100.00 untuk keseluruhan perkhidmatan, manakala bayaran tips pemandu pula sebanak SAR30.00. Kesemuanya diuruskan oleh pihak mutawwif.
Kemudian, kami digiring ke lobi hotel di tingkat tiga. Pembahagian kunci bilik agak lewat dan kami menunggu sehingga hampir masuk waktu subuh. Ada jemaah yang telah keluar untuk ke masjid kerana kecintaan mereka terhadap kaabah tidak dapat ditahan lagi. Agak malang kerana pergerakan jemaah yang tidak dapat dikawal mengakibatkan kecelaruan dalam pembahagian kunci bilik. Namun, apa boleh dibuat....
Penulis setelah menerima kunci bilik, naik ke bilik untuk meletakkan barang. Dalam keadaan berihram, penulis kemudian bercadang untuk ke masjid bersama salah seorang jemaah.
Sebelum itu, penulis telah bertanya kepada mutawwif muda arah laluan menuju ke masjid. Beliau menunjukkan arah yang dikehendaki..
"turun melalui eskalator tiga tingkat..."
Di dataran, kelihatan ribuan umat bergerak menuju masuk ke dalam masjid. Azan pertama telah dilaungkan kira² sejam yang lalu. Azan kedua juga sudah bergema di seluruh pelusuk alam.
Kami berdua hanya dapat masuk melalui pintu yang menuju ke ruang bawah. Baharu beberapa langkah, iqamah telah berkumandang. Kami solat di lokasi kami berhenti. Seusai solat, seruan solat jenazah dikumandangkan. Hampir lima minit menunggu, baharulah imam bertakbir.
Seusai solat jenazah, kami bergerak kembali ke hotel. Agak malang kerana kami gagal mengenalpasti pintu masuk ke hotel. Selepas berpusing beberapa kali dan bertanya, baharulah ditemui. Itupun selepas 30 minit berlegar-legar....
Kami kemudian menuju ke dewan makan di aras R pada butang lif. Menikmati hidangan yang agak eksklusif di dewan makan hotel bertaraf lima bintang. Nasi arab menjadi pilihan pertama.
Seusai menikmati sarapan, kami berkumpul di lobi untuk menyelesaikan ibadah umrah. Kecelaruan bilik mula berlaku. Beberapa keluarga mendakwa tidak mendapat bilik. Selepas diperbincangkan dengan baik, akhirnya kesemua masalah dapat diselesaikan. Wujud jemaah yang tidak mahu bersama rombongan untuk menyelesaikan umrah disebabkan ada beberapa rintangan dan mereka juga berpengalaman sebelum itu menunaikan umrah.
Kami kemudian bergerak bersama dalam kumpulan menuju ke masjid. Tatkala masuk dan melihat kaabah, kami membaca doa masing-masing sebagaimana yang diisyaratkan di dalam hadith bahawa Nabi SAW tatkala melihat kaabah membaca doa memohon keampunan. Tiada doa khusus yang diajarkan oleh Junjungan sebagaimana yang ditulis oleh para dai'e kini.
Kami kemudian bergerak ke mataf dan mengambil posisi di lokasi lampu hijau yang bersetentangan dengan hajarul aswad. Kami kemudian memulakan tawaf wajib untuk umrah sebanyak tujuh pusingan. Keadaan jemaah yang bertawaf agak ramai dan semakin bertambah. Paling sesak ialah ketika berada di kawasan hajarul aswad. Kelihatan beberapa jamaah sanggup memanjat tubuh jamaah lain untuk keluar daripada kawasan hajarul aswad yang kelihatan begitu padat. Adakah itu yang dituntut oleh Allah dan RasulNya?
Sepanjang bertawaf, perjalanan kerap dihadang oleh sekumpulan jemaah wanita mahupun lelaki sama ada mereka bergerak untuk keluar daripada kawasan tawaf, ataupun masuk meluru menuju ke kaabah. Kebanyakan jemaah daripada kawasan pakistan timur dan juga india mungkin yang begitu berani masuk melintang melawan arus lautan manusia yang sedang bertawaf semata² untuk menuju ke kaabah, samaada untuk masuk ke kawasan hijir ismail ataupun menuju ke multazam.
Seusai tawaf, kami bergerak ke kawasan sai di bukit safa. Jumlah jemaah memang terlalu ramai. Kami kemudian menyelesaikan rukun sai dan bertahalul di bukit marwah. Kemudian kembali ke penginapan untuk berehat sebentar.

Ulasan