Miqat di Hudaibiyah
20 Rejab 1440 hari Rabu, pergerakan jemaah menuju ke miqat di hudibiyah. Seperti lawatan sebelumnya, jemaah diminta berkumpul di lobi aras 3 hotel menara jam yang mencapai awan itu sekitar jam 7.00 pagi. Subuh di Makkah ialah sekitar jam 4.58 pagi manakala azan pertama akan dilaungkan sejam sebelum masuk waktu subuh. Negara kita setakat yang penulis tahu, hanya Pulau Pinang sahaja yang melaungkan azan dua kali pada waktu subuh. Mungkin juga di Perlis, tetapi penulis belum berkesempatan ke sana.
Seusai sarapan, para jemaah telah berkumpul di lobi. Sekitar jam 7.30 am, kami bergerak turun ke lokasi untuk menaiki bas. Penantian memakan masa agak lama kerana waktu tersebut bas yang menanti agak banyak. Sekitar hampir jam 8 am, baharulah bas muncul dengan pemadu seorang pakistan.
Bas bergerak menuju ke miqat hudaibiyah. Sepanjang perjalanan, mutawif berkisah mengenai hudaibiyah dimana disitu termetrai satu perjanjian perdamaian antara kaum kafir makkah dan kaum muslimin selama 10 tahun. Meskipun para sahabat berkeras untuk menunaikan umrah pada awalnya dan sanggup berperang sekiranya hasrat mereka di halang oleh kafir makkah, dan begitu juga dengan junjungan ﷺ namun baginda akhirnya pasrah menerima ketentuan Allah yang memerintahkan agar termeterai perjanjian damai antara muslimin dan musyrikin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 36 minit sahaja. Kami melalui ladang unta namun tidak singgah kerana khuatir akan jangkitan wabak.
Bangunan masjid baharu di hudaibiyah agak kecil dan sempit ditambah dengan para peniaga yang mengelilingi masjid untuk menawarkan pelbagai jenis barangan untuk dijual.
Selepas memasang niat umrah, kami kembali ke hotel dan sekitar jam 10 pagi kami tiba. Jemaah yang berhasrat dan memasang niat umrah telah menyelesaikan umrah mereka sebelum masuk waktu solat zuhur...
Wallahu a'lam

Ulasan