Kunjungan Syawal
12 Syawal 1440
Media penyiaran masih lagi sebuk mengalunkan irama hari raya, bahkan yang berasaskan gama juga tidak segan silu mempromosikan hari raya selama sebulan. Entah dari kitab mana asalnya suruhan tersebut. Apa yang difahamkan, sambutan dua hari raya iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha adalah untuk menggantikan dua hari raya yang disambut pada zaman jahiliah...
Amalan ziarah hari raya beramai² atau dikenali sebagai baraan atau marhaban, sudah menjadi satu budaya wajib khususnya di kalangan muslimin dan muslimat yang bermastautin di hujung semenanjung emas. Ianya terus dibudayakan di taman² perumahan bukan hanya di peringkat kampung. Bahkan ada yang dibuat oleh pejabat² kerajaan juga.
Antara yang pelik pada amalan ini ialah
- kunjungan dilakukan sehingga menjelang ke tengah malam, bahkan mungkin menjejak ke jam 12 tengah malam. Bagaimana kunjungan ini tidak mengganggu tuan rumah? Apakah adab yang diamalkan sehingga sanggup menjelajah setiap rumah hingga ke tengah malam? Peliknya, apabila musim tarawih, tidak pula sanggup bertarawih hingga satu juzuk setiap malam...
- hidangan makanan yang berlebihan sehingga membawa kepada peringkat pembaziran. Tapi sayang sekali semasa Ramadhan jarang kedengaran diadakan majlis berbuka dari rumah ke rumah sedangkan memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan mendatangkan pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurangan sedikitpun.
- gerakan seperti 'memaksa' di sesetengah kariah agar tuan rumah menerima kunjungan marhaban, tanpa mengira keadaan atau keuzuran tuan rumah. Kegagalan untuk menerima kehadiran pasukan marhaban akan mengakibatkan tuan rumah dipulaukan. Kegagalan menyediakan juadah pula akan mengakibatkan tuan rumah dibawangkan...
- kelihatan berlaku perlumbaan penyediaan juadah antara rumah juga perlumbaaan menghiasa rumah hinga wujud berlebih-lebihan dan pembaziran;
- niat sebenar ziarah sirna dek kerakusan mengejar juadah, duit tabung dan duit raya bagi kanak²;
Adalah semoleknya amalan ini mencontohi di beberapa kawasan seperti berikut
- mengadakan rombongan marhaban pada hari 1 syawal atau 2 syawal serta tidak membebankan tuan rumah;
- acara diadakan pada siang hari sahaja
- tiada pembaziran makanan brlaku. Hidangan ditempatkan di pos tertentu sahaja dan tidak dikesemua rumah
- kelihatan niat sebenar iaitu ziarah
semoga bermanfaat
Wallahu a'lam
Ulasan