Berguru Dengan Orang Sakit

Beberapa hari dalam bulan zulkaedah ini penulis agak sebuk melayani bapa mertua yang dimasukkan ke wad. Sebenarnya, pelayan utama adalah isteri penulis. Penulis cumalah seqadar peneman beliau sahaja. Isteri penulis telah ditugaskan untuk menjaga ayahnya dari jam 6 petang hingga jam 12 malam. 


Image result for wad hospital kluang

Pada hari pertama, bapa mertua dimasukkan ke wad kecemasan dalam kawasan kuning. Menjelang Maghrib, beliau dimasukkan ke wad biasa di aras 8 dan kemudian dipindahkan pula ke aras 7 sehinggalah tulisan ini dibuat.

Meski waktu melawat telah ditetapkan, namun ahli keluarga yang ditugaskan boleh menyertai pesakit pada kesemua waktu dengan beberapa syarat, contohnya hanya seorang sahaja yang dibenarkan bersama pesakit pada waktu tertentu, khususnya pada waktu pagi.

Keadaan bapa mertua yang kelihatan lemah telah menyebabkan pergerakan ke tandas perlu kepada pemantauan. Beliau tidak mahu menggunakan lampin pakai buang, meski membuang air kecil telahpun melalui tiub yang terpasang. Dan apabila berhajat kepada urusan melibatkan tandas, maka beliau akan dipapah ke lokasi...

Namun syukur kerana kondisi beliau telah menunjukkan kepada keadaan yang lebih baik dari hari ke hari yang dilalui. ...

Lawatan ahli keluarga terdekat memberikan indeks berbeza terhadap kesihatan beliau. Ada yang kelihatanbiasa sahaja. Ada yang menyebut kununnya sudah ada tanda dan pelbagai lagi. Tolonglah...bukankah lebih baik mendoakan kebaikan pesakit daripada merepek memberikan perkara yang belum pasti? Bukankah kematian itu rahsiaNya ??

Apa yang menarik di sepanjang penantian antara jam 6.00 hingga 12.00 malam pelbagai peristiwa yang menjadi guru kepada penulis. Sang pesakit bersilih ganti keluar dan masuk ke dalam wad tanpa mengira bangsa dan agama. 

Ada keadaan dimana wujud pesakit yang ceria. Rajin bersembang dan berjalan-jalan bahkan menjadikan wad ceria dengan kehadiran mereka...

Ada keadaan ahli wad diselubungi sedikit nestapa pabila ada rakan² yang meninggal dunia...

Terdapat pesakit yang sudah dua bulan terlantar. Menghadapi masalah saluran pernafasan yang mengandungi terlalu banyak lendiran akibat jangkitan kuman hingga terpaksa dipotong di bahagian tekak..

Terdapat pesakit yang terlantar tanpa dihiraukan dek kerana anak dan juga bekas isteri telah meletakkannya di rumah orang-orang tua. Lantas di hospital juga dia hanya bersendirian...

Terdapat juga pesakit yang merupakan banduan terlantar dan memakai lampin pakai buang. Keadaan diselenggara oleh misi bertugas. Tangan bergari di jeriji katil. 

Terdapat ratusan lagi wajah penghuni hospital yang boleh menjadi guru kepada manusia yang kelihatan masih sihat. Sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita pergi...kita adalah hamba yang lemah sebenarnya. Tergeletek di pembaringan kerana penyakit adalah satu bentuk amaran dariNya atau juga peringatan atau juga kaedah untuk meninggikan darjat seseorang disisinya...

Syukurilah kesihatan yang masih ada...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol