Majlis Resepsi dan Nyanyian
Zulhijjah tahun ke 1440 daripada hijrah ar Rasul
Penulis menghadiri satu majlis walimatul urus di tengah-tengah gapura selatan. Mendung disertai hujan yang membasah cermin kereta menyambut kehadiran penulis dan isteri ke satu majlis resepsi. Jam di dash board menunjukkan pukul 3.40 petang. Tatkala masuk, hadirin sudah beransur pulang. Tuan rumah juga kelihatan sudah keletihan. Lauk pauk sudah kehabisan. Nasi dan sirap masih banyak untuk dijamukan.


Suasana hingar bingar dek suara nyanyian sumbang. Di suatu sudut, kelihatan seseorang sedang asyik mendendang lagu tanpa gaya dengan tanpa bakat. Maybe untuk melepas gian di dada.
Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acara karaoke dan nyanyi suka-suka kembali menjadi trend acara persandingan di alam melayu. Penulis masih ingat, belasan tahun lampau, adat menyanyi dan bersanding sudah mula dilupakan. Ini kerana ulama² pada masa tersebut begitu aktif memperkatakan mengenai hukum berkaitan. Antara yang paling lantang ialah Al Fadhil Dato Ismail Kamus. Hampir di setiap ceramah beliau akan menyindir pihak yang terlalu taasub untuk bersanding dan mengadakan acara² lain seperti nyanyian, kugiran, joget lambak dan yang seumpamanya.
Namun kini, ianya mula subur kembali. Penulis terperanjat beruks apabila dalam FB terjumpa satu petikan ceramah yang menyatakan bahawa tidak mengapa melakukan adat bersanding kerana ianya amalan orang tua² dahulu. Maka hujjah penceramah yang agak tersohor kini itu, orang lama² lebih alim dan faqeh dalam agama. Tentu bersanding itu diadakan dengan bersebab.
Sekali terdengar, memang hendak tergelak kerana hujjah yang diberikan terlalu rapuh. Hanya bersandar kepada adat orang tua² sahaja maka ianya boleh dijadikan hukum. Mungkin penceramah terbabit ingin mengkiaskan apa yang berlaku dalam salah satu peganan imam malik ibn anas, iaitu amalan penduduk madinah boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan hukum. Sungguh jauh berbeza sekali. Petikan ceramah tersebut malangnya sudah tidak dapat ditemui. Ada kemungkinan para pengikut beliau dengan segera 'menghilangkan' petikan tersebut agar tidak mudah tersebar.
Insya Allah jika penulis temui petikan tersebut, ianya akan dipaparkan di sini kelak.
Mengapa agaknya tuan rumah begitu beriya-iya hendak mewujudkan suasana muzik dalam majlis walimah? Adakah untuk bersuka-sukaan semata-mata? Bagaimana hendak dicari keberkatan jika permulaan hari pengantin disuap dengan budaya hendonisme?
Mengapa tidak diadakan nyanyian islami sebagai alternatif? Atau dijemput ulama tersohor untuk memberikan sedikit tazkirah?
Mengapa tidak diadakan nyanyian islami sebagai alternatif? Atau dijemput ulama tersohor untuk memberikan sedikit tazkirah?
والله أعلمُ
Ulasan