Dajjal dan kebijakannya

13 Zulhijjah tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul . Juga hari terakhir daripada hari-hari tasyrik dalam tahun ini

Menjelang Isya, tatkala memandu kenderaan berwarna perak dengan kapasiti 1.5 kuasa kuda mendaki bukit menuju ke masjid jame yang indah dihiasi lampu gemerlapan, kedengaran suara penceramah yang tidak dikenali wajahnya daripada pembesar suara yang berskala besar yang tergantung di empat penjuru menara yang mungkin paling tinggi di daerah tengah hujung semenanjung emas.

Tatkala kenaikan penulis dimasukkan ke dalam kotak parkir serong menghadap ke arah sebuah sekolah yang agak tua usianya itu, baharulah semakin jelas butiran ceramah yang disampaikan.

"....dan hakim² yang menerima rasuah. Adakah sekarang sudah ada? tuan² sendiri yang tahu jawapannya..."

Dan dikisahkan juga akan tentera dajjal yang sedang dibentuk untuk persiapan menghadapi akhir zaman bagi menyambut penyelamat palsu.

Image result for kerajaan dajjal

"Adakah kita dapat menjamin diri kita yang berada di dalam masjid ini akan selamat...siapa berani kata begitu angkat tangan..." pertanyaan yang menarik dan seolah² ternampak beberapa tangan yang diangkat. Tapi selalunya perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Khususnya di kalangan jamaah dalam qaryah penulis ini.

"Maka perlulah kita mempersiapkan diri dengan ilmu tauhid, fiqh dan juga tasawwuf..."

"dalam hal fiqh kita kena banyak belajar. Sebagai contoh kalau ditanya tentang bacaan al fatihah. Ianya rukun solat...tetapi apakah syarat yang perlu untuk mencukupkan syarat rukun bacaan fatihah?"

Penulis pun pening juga mendengarnya.

" Antara syaratnya ada empat, iaitu membaca dalam bahasa arab, dibaca secara muawalat, iaitu berturut². Tidak boleh dibaca secara terputus². Juga perlu dibaca secara tertib mengikut ayat demi ayat. Tidak boleh membaca alhamdulillah terlebih dahulu kemudian baharu dibaca bismillah..."

"juga tentang perbezaan hukum membaca al fatihah kepada musalli yang dihukum masbuq dan juga muwafiq..."

Katanya lagi, "Allah telah menjanjikan bahawa solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan Dia tidak pernah mungkir janji. Oleh itu, jika solat kita masih tidak menyebabkan kita tercegah dari perbuatan keji, maknanya solat kita mungkin masih belum sempurna..."

"Oleh itu dajjal itu akan menjanjikan kesenangan, ekonom makmur dan sebagainya dengan syarat menyembah dirinya sebagai Tuhan..."

"Maka kalau kita tengok keadaan sekarang, pemimpin yang menjanjikan kemakmuran ekonomi diangkat, yang membawa Islam ditolak..."

Wah nampaknya mula menarik perkataan dan niat yang cuba disampaikan oleh penceramah tanpa wajah itu..

Maka, sebagai pendengar, penulis cuba menyimpulkan bahawa dengan mengaitkan keadaan negara pada hari ini, sebagaimana antara patah perkataannya, dia dengan segala upaya cuba mengaitkan keadaan negara yang pada kaca mata serta penilaian ilmiahnya yang mungkin agak kurang kemas kajiannya dengan dajjal atau antara lain, mengaitkan penyokong kjaan sedia ada sebagai pendukung dajjal dan secara tidak langsung mengatakan bahawa kerajaan adalah dajjal.

Seorang ulama terkenal. juga ahli falak terkemuka di hujung semenanjung emas, mentafsirkan dajjal adalah kuasa. Beliau juga menafsirkan hadith berkaitan 30 dajjal kecil yang akan muncul sebelum dajjal sebenar akan muncul setiap 50 tahun hijrah.

Kerajaan Islam di bawah pimpinan Ali Bin Abi Talib, menantu, sepupu dan sahabat besar Junjungan ﷺ telah dkhianati oleh bekas pendukung beliau sendiri yang keluar daripada jamaah ummah kerana tidak bersetuju dalam peperangan siffin. Kumpulan ini yang terdiri daripada huffaz dan juga abid dikenali sebagai khawarij telah memainkan peranan besar dalam menghancurkan kesatuan negara Islam hingga sanggup mengkafirkan sahabat² baginda ﷺ sendiri tanpa sebarang segan silu. Ali terpaksa memerangi mereka di medan nahrawan bagi menghancurkan organisasi mereka yang berbahaya. Meskipun di kalangan mereka adalah golongan abid dan huffaz, namun keilmuan mereka telah disalahgunakan ke arah kejahatan. Ini semua berlaku kerana sikap sombong dan angkuh mereka berkaitan pandangan mereka dan beranggapan hanya mereka yang berada di jalan yang benar, tidak yang lain, hingga Ali sendiri dikafirkan tanpa soal.

Meskipun telah dilumpuhkan di medan nahrawan, saki baki golongan ini yang terselamat telah terus menusukkan jarum jahat mereka dengan berselindung di sebalik ilmu agama yang dikuasai oleh mereka. Kemuncak 'kejayaan' mereka ialah menjalankan komplot pembunuhan Ali di masjid kufah pada subuh 21 Ramadhan..

Maka suara² mereka yang juga masih menggunakan agama untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan melabel kerajaan sebagai dajjal, kufir dan sesat, penjilat kafir, mewakili kafir, tidak lain dan tidak bukan mempunyai modus operandi seakan² sama dengan organisasi khawarij yang sering menimbulkan kekacauan dan kegelisahan di kalangan ummah.

Maka apakah kita masih mahu mendengar, mendekati serta mendampingi mereka?

Berhati hatilah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol