Kisah Daun Pisang
8 Muharram selepas 1441 peristiwa hijrah Ar Rasul
Penulis melewati pasar besar di daerah tengah hujung selatan semenanjung emas untuk mencari parkir kereta berwarna perak yang kemek di bahagian atas tayar itu untuk membeli beberapa bungkus nasi lemak. Sememangnya itu antara rutin penulis apabila bercuti, khususnya apabila hanya penulis seorang sahaja dirumah.
Apa yang menjadi sedikit kekecohan ialah tentang kekurangan sumber daun pisang untuk membuat alas nasi lemak.
"Aku dulu pajak setahun lebih kurang RM1K untuk dapat daun. Then, aku tahun ni lewat ... dah ada orang lain pajak dengan harga hampir juta..."
"1 juta...??"
"Semalam aku tak niaga sebab tak ada bekalan daun..."
"Harga sekarang mahal...sehelai RM0.50..." kata sang penjual yang biasa aku membeli nasi lemak darinya. Nasi lemak keluaran beliau agak sedap dan diminati ramai. Mungkin majoriti penduduk kota tengah itu mengenali keenakan nasi lemak beliau.
Dan di belakang penulis wujud sekelompok manusia yang sedang menikmati sarapan pagi dengan meja lipat empat segi di bawah payung besar. Juga bercerita mengenai kenaikan harga barang...
Memang harga barang runcit dan keperluan semakin meningkat sekarang. Penulis akui. Namun, adakah ianya semua semakin meningkat kerana tindakan boikot yang dilancarkan sekarang? Itu kena buat analisis dulu. Mana boleh main terjah je tanpa fakta.
Meskipun petrol kuning sudah tetap dengan kadar RM2.20 sejak tertubuhnya kerajaan baharu, namun di sana-sini ada sahaja kisah-kisah kenaikan harga barangan runcit. Kadang-kadang kisah tersebut dikisahkan oleh mereka yang baharu sahaja mengenali papan kekunci komputer atau papan kekunci gajet lalu bersegera untuk disebarluaskan. Adakah ianya juga sebahagian daripada kempen PRU ke 15 untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dinamakan kerajaan sepenggal ini?
والله أعلمُ
Ulasan