Kerajaan Baharu vs Kerajaan Lama

Pagi 20 Muharram tahun 1441 daripada hijrah Ar Rasul

Penulis melewati pasar awam untuk mencari sesuap makanan buat mengalas perut yang mula berokestra. Seperti biasa, selepas menghantar anak kedua menghadiri tiusyen sekolah agama kerana bakal menempuh peperiksaan UPKK yang tidak diendahkan, tidak seperti peperiksaan UPSR darjah enam,  penulis memang memasang niat untuk mencari sarapan pagi, dimana kebiasannya adalah hidangan nasi lemak.

Tatkala hendak memilih bungkusan nasi, sang penjual berceloteh,

"Dulu kalau pergi puspakom untuk pemeriksaan kenderaan, boleh call awal pegawai untuk book masa. Tapi kena hulur lah barang RM50 ke atas..."

"Tapi sekarang, kerajaan baharu tak pakai dah gitu. Kena beratur ikut giliran. Tu pasal ada lori yang terpaksa datang menunggu sejak pukul 4 pagi..."

"Dulu kalau dah book, katakan kita datang pukul 10 pagi, terus masuk, isi borang , bayar lagi, dia tak tengok pun. Tiba-tiba terus lulus.."

"Sekarang, check habis..."

"Kerajaan sekarang lebih telus," getus penulis.


"Ya betul..." katanya sambil ketawa.

Itupun ada pihak yang mengatakan selaku pejuang agam berdoa di hadapan multazam agar Allah jatuhkan kerajaan ini kerana katanya naik dengan menipu dan hina...

Persoalannya, hinakah menolak rasuah...?

Adakah mulia dengan menaikkan semula kerajaan lama yang bersendikan wang dan material semata²?

Dulu kelihatan senang sebab segala² nya memerlukan wang untuk lancar. Namun sekarang, semuanya kelihatan telus...


والله أعلمُ

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol