Kisah Pertandingan Singa, Gajah dan Lotong

Maka tersebutlah sebuah kisah yang berlaku di semua lembah yang terkenal dengan tasik dan juga naganya selaku lagenda turun temurun.

Maka tatkala mati pemerintah di kawasan tersebut, maka diadakanlah pertandingan untuk memilih jawatan yang baharu. Maka majulah singa, gajah dan juga lotong untuk merebut jawatan yang tersebut.

Singa mempunyai kekuatan luar biasa yang diketahui lawan dan kawan. Saingan utama singa, sang harimau tidak berkenan untuk merebut jawatan tersebut dengan alasan penyakit berjangkit dan membunuh masih meliar di kawasan itu dan khuatir ia akan keselamatannya. Tak tahulah kekhuatirannya itu berasas, atau hanya alasan kerana khuatir akan kalah jua.

Maka berkepaklah sang singa dengan sokongan dan dokongan (baca : jilatan) juak² penyokongnya. Sang singa kini sudah ada perikatan baharu yang menyokong kuat akan pencalonanannya. Maka sudah barang tentu kemenangan itu miliknya. Lagipun, almarhum pemerintah sebelumnya juga mendapat sokongan padu katanya daripada semua penduduk pelbagai spesis itu.

Maka semasa bahang pemilihan menjadi terik, meskipun tidak sehangat pemilihan sebelumnya, hampir semua spesis datang dan hadir memberikan sokongan dan juga dokongan serta semangat. Kembang kuncup punggong sang singa melihat rakan taulan bahkan musuh utama sudah tunduk bersujud di kaki gerombolan perikatan sang singa. Bahkan singa hitam, yang menjadi penaung kepada wilayah kekuasaan lembah itu turut hadir. Lebih memeranjatkan ialah kehadiran sang dubuk yang sebelum ini begitu kuat permusuhannya dengan sang singa hitam.

Janji manis ditabur kepada semua spesis yang menghuni lembah. Kununnya selepas ini masalah air yang menjadi satu problema utama pasti akan diatasi. Pening juga tu...selama ni spesis yang sama memerintah secara berdekad namun kenapa tidak diselesaikan lebih awal?

Maka pada hari pertandingan, berduyun spesis yang datang memberikan sokongan. Dan seperti dijangka, kemenangan adalah bilik sang singa...Syabas..

Pada keesokkan harinya, zirafah yang begitu beriya-iya memberikan komen kemenangan. Kununnya puak pakatan unta dan keldai sudah tidak relevan dan sudah hilang dokongan. Maka peninglah segala spesis yang membaca tajuk berita itu. Gajah dan lotong yang kalah, kok pakatan unta dan keldai yang dikatakan lemah? Tinggi sungguh ilmu mantiq sang zirafah!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol