Rokok di Kedai Makan kini OK
Catatan malam 15 zulkaedah tahun ke 1441 hijrah ar rasul
Tatkala menikmati makan tengahari di salah sebuah warung dalam jajahan luaskan kuasamu di tengah negara dalam negara itu, tiba² hidung terhidu bau rokok yang agak pekat..
"Siapa pula hisap rokok nih.."
Penulis melihat ke kiri dan kanan. Hanya ada seorang lelaki yang sedang makan dan tidak kelihatan pula dia memegang rokok di tangan sebab tangannya berada di dalam pinggan sambil menyuap makanan. Dari raut wajahnya terpampang seperti kurang senang dengan pernyataan penulis sebentar tadi. Namun kehairanan penulis tidak pula disambut oleh orang sebelah yang setia yang sedang asyik menatap HP baharu di tangan.
"Tak de bau rokok ke?"
Suara dikuatkan agak tinggi. Berdasarkan pemandangan sekeliling, hanya lelaki tadi yang paling disyaki. Bau asapnya cukup kuat sekali. Tanpa melengahkan masa, segera penulis menuweet (istilah sendiri untuk berkicau di tweeter) dengan highlight kepada KKM dan juga DPPPAS Pusat ... pemerintah terkini tentang perkara ini..
Ialah...rupanya bukan hanya kerajaan yang bertukar. Segala perkara baik oleh kerajaan yang dibenci dan dibuang serta dijatuhkan sebelumnya juga ditukar dan tidak dihiraukan, meskipun ianya baik. Mungkin juga untuk menjaga hati rakyat pencinta rokok barangkali.
Semasa kerajaan yang dibenci sebelumnya mengutkuasakan pengharaman merokok di premis dengan begitu ketat, tidak sedikit warga maya yang memaki pemerintah dan sudah tentu mereka ini dari warga pencinta rokok hingga ada ugutan bahawa kerajaan yang dibenci bakal tidak akan menjadi kerajaan lagi selepas PRU 15 akibat bantahan pengundi perokok tegar.
Mungkin atas sebab yang demikian, pelaksanaan undang² tersebut disenyapkan terlebih dahulu. Dan antara SOP kedai makan tiada dinyatakan perihal larangan merokok
والله أعلم
Ulasan