Gamer Lama

25 Zulkaedah 1441

Bulan panggilan haji telah tiba lagi. Namun dek kerana covid yang masih agak keras mengganas di kawasan asia barat,maka jamaah haji ditangguhkan untuk menghadiri himpunan terbesar ummah yang diasaskan oleh baginda Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ

Penulis ingin menyoroti sejarah permainan game. Penulis mula terjebak dengan game berkomputer sejak tahun 1997. Tatkala itu, masih bertugas di salah sebuah institusi kerajaan negeri. Mentor penulis telah memperkenalkan penulis dengannya. PC penulis adalah sebagaimana gambar di bawah yang diterima daripada ibu saudara. Memang kelihatan buruk pada masa itu. Dengan sedikit modal yang ada, penulis menemui mentor untuk mendapatkan perolehan bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam PC tersebut, khususnya untuk gaming dan juga sambungan internet.


Game pertama yang diberikan pada waktu itu ialah Age Of Empire. Mungkin ramai di kalangan pembaca juga yang terjebak secara langsung atau tidak langsung dengan game ini. Keperluan untuk menikmati game ini tidaklah terlalu besar sebagaimana game sekarang yang memerlukan grafik kad yang tinggi. Dan ianya juga bukanlah memerlukan grafik 3D.




Permainan dimulakan dengan memilih bangsa yang ingin diperjuangkan. Pilihan adalah dari kalangan bangsa mesir, China, syria dan ramai lagi. Apabila memilih salah satu bangsa, maka perlulah melalui beberapa misi untuk meneruskan keunggulan bangsa yang dipilih.

Setiap bangsa mempunyai kelebihan tersendiri. Ada bangsa yang mempunyai keistimewaan dari sudut ketenteraan. Ada yang mempunyai keunggulan dari sudut pembangunan, dari sudut pemakanan, persenjataan dan lain-lain.

Game kedua yang menjadi kegilaan ialah war craft. Dalam permainan ini, hanya ada dua bangsa sahaja yang boleh dipilih sama ada orc atau human. Penulis biasanya akan memilih bangsa orc. Jalan permainan adalah sama seperti age og empire cumanya bangsa yang boleh dipilih hanya ada dua. Kedua dua game ini memabukkan hingga boleh membawa kepada jam 2 pagi setiap malam....




Antara game lain yang berunsur startegi pada waktu itu ialah the bridge is too far. Ianya juga satu bentuk permainan berstrategi berdasarkan kepada perang dunia ke dua...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol