Melayu dan angan-angan
10 Muharram 1442
Hari yang sangat dimuliakan oleh semua masyarakat muslim, khususnya yang bermazhab syiah dimana mereka bermuram durja sejak tanggal 1 Muharram lagi dengan kemuncaknya pada hari ini bagi memperingati kesyahidan Hussein Ibn Ali di karbala akibat tindakan tidak bermoral tentera kuffah dibawah kepimpinan Ibn Ziyad yang merupakan gabenor Kufah ketika itu...
Orang-orang Melayu Muslim khususnya di Nusantara juga ada yang mempunyai kefahaman sendiri terhadap Muharram ini. Ada kepercayaan di kalangan orang Melayu yang senior bahawa bulan Muharram ini merupakan bulan yang membawa malang. Perkara ini menjadi terlebih khusus pada 10 Muharram hingga bagi mereka yang ekstrem, akan melarang ahli keluarga dari pergi berjimba-jimbaan seperti berkelah, berkelana dan sebagainya kerana khuatir kepada nahas yang dikatakan wujud pada Muharram ini. Ternyata dan jelas bahawa berkemungkinan ianya berasal daripada cedokan kefahaman golongan syiah ghulat yang sangat mempercayai keberkatan manusia dari batang tubuh ahlul bait khususnya Hussain.
Al Quran menyatakan bahawa bulan-bulan haram adalah bulan dimana dilarang untuk melaksanakan peperangan dan menurut hadith salah satu bulan haram ialah Muharram.
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوالْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
At Taubah : 36
Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]
Juga antara yang menjadi anganan bangsa melayu terhadap agamanya sendiri adalah keyaqinan sesetengah pihak bahawa Bani Tamim itu adalah merupakan bangsa melayu dengan meletakkan Ta dan Mim sebagai kenyataan Nabi ﷺ yang membawa maksud sebagai Tanah Melayu!! Pandangan ini terpakai di kalangan para penganut tarikat di tanah melayu dan juga nusantara. Antaranya ialah para pengikut Ashaari Muhammad pengasas Al Arqam dan juga para pengikut gerakan ABJAD. Namun ulama dan pendakwah seperti Dr MAZA (yang pasti ditolak pandangannya oleh para penjunjung ASWAJA Nusantara) menolak sama sekali pandangan yang menyatakan bahawa Ta Mim itu adalah Tanah Melayu kerana tiada keterangan atau dalil yang sahih mengenai perkara tersebut.
Bani Tamim adalah sebahagian daripada Quraisy dan kebanyakan pimpinan di negara Teluk pada hari ini terdiri daripada Bani Tamim, juga Azzam At Tamimi pejuang palestin dan juga Muhammad Bin Abdul Wahab yang dijuluki sebagai bapa wahabi juga adalah dari bani Tamim.
Kembalilah kepada kefahaman yang benar dalam aqidah ...
Ulasan