PRK di hari asyura

11 Muharram 1442

Semalam telah berlangsung PRK untuk DUN SLIM yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, dan dua tandingan tiket bebas. Salah satu calon bebas adalah merupakan proxy kepada parti termuda yang dipimpin oleh politikus tertua tanah air. Keputusan PRK sebagaimana yang telah diketahui umum sejak hari penamaan calon lagi, tentulah berpihak kepada BN. Keputusan PRK Slim

Apa yang menarik untuk diulas ialah pihak parti termuda begitu bersungguh untuk memenangi PRK ini bagi membuktikan bahawa parti mereka masih relevan dipimpin oleh politikus tertua negara. Bahkan pengasas parti tersebut yang telah tiga kali dilantik selaku PM turun untuk berkempen bersama juak-juak PH jua yang membantu. Jentera PH ++ nampaknya turut membantu kempen tersebut meskipun tanpa kelibat presiden PH sendiri. 

Apakah ini merupakan petunjuk bahawa politikus tua sudah semakin kehilangan pengaruh? Terdapat penganalisis politik yang berpandangan demikian.


Mungkin analisis itu ada benarnya. Berdasarkan kepada permulaan kekalahan calon PH di PRK Cameron Highland hinggalah ke Parlimen Kimanis, hanya 1 sahaja dimenangi oleh PH iaitu di Parlimen Sandakan, dalam 6 pertempuran. Secara umumnya, boleh dipetik bahawa Politikus Tua adalah antara asbab kemerosotan sokongan masyarakat terhadap PH. Dalam kempen beliau yang lebih membawa kepada cerita² lama tentang bossku mungkin memualkan penduduk di kawasan tersebut yang rata² adalah beranggapan bahawa bossku terfitnah. 

Walau bagaimanapun, harus juga diketahui bahawa DUN Slim adalah merupakan satu-satunya DUN yang berada dibawah kekuasaan BN berdasarkan keputusan PRU ke 14, berbanding dua lagi DUN yang berada di bawah Parlimen P077 Tanjung Malim yang dikuasai oleh PH. Kemenangan calon BN di situ dengan majoriti 2183 undi pada PRU 14 adalah boleh dikatakan sebagai kawasan tradisi BN sejak PRU sebelumnya lagi, meskipun undi terhadap mereka merosot teruk pada ketika itu. Dengan hanya 68.4% sahaja yang keluar mengundi, ini menjadi satu tandatanya kemana menghilangnya lebih 30% pengundi?

Majoriti undi BN pada PRK kali ini yang meningkat kepada 10,945 berbanding PRU 14 adalah merupakan hasil gabungan undi antara PAS dan BN yang terpecah semasa PRU 14. Kelihatan seperti kesemua pengundi tegar PAS dan BN membuang undi kepada BN. Kes At Takiri dan hukuman penjara ke atas Bossku kelihatan tidak memberi impak langsung kepada kesetiaan pengundi di kedua dua belah pihak.

Adakah gabungan PN semakin diterima rakyat? Apakah faktor PT (Politikus Tua) memainkan peranan pengundi cina tolak Tun? Adakah 30% pengundi itu adalah pihak atas pagar atau pengundi PH yang cuba menunjukkan protes terhadap sikap PT?

Kegigihan jentera Amanah yang membantu calon tajaan PT kelihatan langsung tidak memberikan impak terhadap keputusan PRK tersebut. Adakah Amanah sudah semakin ditolak dan gagal membujuk rakan² lama di kalangan parti islam?  Kenyataan Presiden Parti Islam kenyataan TGHH beberapa hari sebelum PRK nampaknya begitu membekas di kalangan pengundi parti tersebut untuk terus tanpa ragu memangkah gambar dacing yang dahulu dicerca hingga ke tahap takfir. Kini Amanah dianggap sebagai rakan sekutu yang dianggap rosak aqidah akibat keluar dari jamaah Islam, paling tidak pun disamakan dengan golongan Khawarij.

Terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dibuat antaranya:-

i. Terdapat kecenderungan faktor PT membawa kepada peralihan undi. Ini boleh dilihat sejak PRK Cameron Highland lagi

ii. Kekuatan PN telah mula diuji dengan kesepaduan undi yang diberikan oleh penyokong kedua dua pihak

iii. Aura anwar mungkin juga turut memberi kesan disebabkan sosok tubuh ini kelihatan langsung tidak mempedulikan PRK ini. Ada kemungkinan beliau ingin membuat ujikaji di situ;

iv. Kepimpinan parti islam semakin terpengaruh dengan kefahaman ekstrem dan menolak serta memperleceh kesemua musuh politik mereka 

v. Kemampuan PH dalam PRK Sabah agak teruji jika PT cuba bergabung bersama PH dan ingin menjadi abang besar


والله أعلمُ بالـصـواب







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol