Kisah Sisi gelap Food panda
15 Safar 1442 daripada hijrah ar rasul
Semalam riuh rendah di kalangan warga net tentang tweet oleh Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan akan kemungkinan lock down 2.0 bakal diisytiharkan semula. Ada segelintir warga net mengongsikan paparan tajuk mesyuarat yang dikatakan akan berlangsung untuk menentukan keadaan semasa. Tidak kurang yang berkongsi paparan roti gardenia yang dikatakan bakal menjadi bahan makanan rebutan kembali di carta hati pengguna.
Penulis terkenang antara beberpa peristiwa yang berlaku tatkala lock down 0.1 atau perintah kawalan pergerakan (PKP) tempoh hari. Antara yang menjadi top ten carta hati pengguna negara pada waktu tersebut jenama Food Panda. Pada suatu petang yang terik, isteri penulis membuat pesanan makanan segera (fast food) di salah sebuah restoran makanan segera terkemuka di negara. Jika penulis tidak salah, ianya merupakan satu-satunya restoran makanan segera negara yang masih enggan atau tidak mesra dengan penggunaan e-wallet, e-dompet atau apa jua bentuk pembayaran virtual.
Maka selepas pesanan dibuat dan bayaran telah ditolak dari bank, hp isteri penulis telah mengalami kerosakan dan tidak boleh membuat atau menerima panggilan. Boleh jadi receivernya mengalami kerosakan fatal..
Maka setelah ditunggu melebihi 30 minit, penulis mengambil kesempatan untuk pergi mengambil sendiri makanan yang dipesan di restoran tersebut yang terletak kira² 1 km sahaja dar kediaman penulis.
Sebaik tiba dan bertanya-tanyaan, maka dimaklumkan order telah diterima bahkan makanan telahpun dibawa selaju mungkin pada kadar 100km per jam barangkali menuju ke teratak buruk penulis. Namun setelah mendengar pengakuan lisan penulis dengan disaksikan oleh isteri bahawa tiada kedapatan sebarang utusan pembawa makanan pun yang tiba dihadapan rumah penulis, maka kebingungan meresap ke seluruh urat saraf sang pekerja restoran terbabit.
Dek kerana ada beberapa penunggang utusan makanan lain yang membawa bendera kepala panda berwarna pink itu di sisi tepi restoran berkenaan, maka kami pun bertanya akan perihala utusan makanan yang membawa pesanan kami tadi. Namun mereka sepertinya enggan menjawab sejujurnya, kecuali seseorang dari mereka menyatakan ,
Biasa kalau tak jumpa rumah, kita orang makan je makanan tu. Tak de nak dipulangkan semula ke restoran"
Dengan penuh yakin tanpa selindung dia berkata. Wah...mudahnya makan makanan haram. Tak jumpa rumah, makanan terus dimakan tanpa malu dan menyesal.
Namun, oleh kerana pekerja restoran yang kebingungan tadi menyatakan ada order baharu, maka penulis dan isteri bersegera pulang ke rumah untuk menyambut makanan tadi.
Maka apabila sang utusan makanan berjenama kepala panda tiba di halaman rumah, maka diserahkan makanan seperti yang dipesan dan didambakan oleh seluruh isi rumah yang enam orang itu.
Syahdan berkatalah sang utusan makanan berjenama kepala panda berwarna pink
Bayaran belum dibuat encik....
Aih...ini menimbulkan amarah di dada.
"Kan saya dah bayar tadi secara atas talian?"
Maka sang utusan lantas membuat panggilan telefon terhadap seseorang. Maka diserah telefon bimbit ditangannya itu kepada penulis. Suara seorang melayu muda di hujung talian.
Suara penulis agak tinggi. Pemilik suara di hujung talian mempertahankan bahawa pada kali prtama, memang utusan tidak menemui rumah penulis.
"Dah tu kalau tak jumpa dan tak dapat dihubungi kenapa tidak dihantar semula ke kedai pesanan?"
Suara dihujung talian tidak menjawab. Namun diakhir perbualan, dia menyatakan bayaran semula akan dibuat selepas penulis membuat aduan. Bayaran untuk makanan yang dihantar untuk kali kedua tetap dikenakan kerana dianggap pesanan yang berbeza
Dan selepas itu, aduan atas talian dibuat dan sehingga PKPP pada hari ini, tiada sebarang maklumat diterima.
Maka kepada semua yang memuluk dan mengkultuskan para utusan makanan, janganlah keterlaluan dalam memuji dan memuja mereka kerana mereka dalah manusia biasa. Pasti ada kelemahan di sana sini. Maka apa yang dapat dikutip dari tulisan ini ialah
- Jangan memesan makanan dengan menggunakan telefon yang hampir rosak;
- Tidak semua penghantar makanan itu faham selok belok taman yang wujud di daerah anda;
- makanan yang dipesan jika gagal dihantar, akan dimamah oleh sang utusan bersama rakan² atau keluarga mereka. Kita tidak tahu berapa set yang mereka terima setiap hari untuk dimamah tanpa rasa bersalah walau sekelumit jua;
- pihak pengeluar makanan memang tidak mengambil endah perihal keselamatan makanan yang dipesan. Yang penting duit masyuk...dasar kapitalis;
- sila simpan maklumat berkaitan pembayaran dan komen;
- hati hati dengan penghantar makanan
Ulasan