PKPB menjelma lagi

 22 Rabiul Awwal 1442

Dah sebulan lebih rupanya penulis berpindah ke bangunan pejabat baharu. Bangunan pejabat yang kelihatan lebih 'mewah' dari pejabat biasa. Bangunan yang boleh dibanggakan meski berkongsi kasih dengan pihak pembesar yang bijaksana, jika dibandingkan dengan bangunan sebelumnya yang meski dikuasai 95% (kerana lebihnya dimilik sama dengan pejabat lain juga) namun pada zahir kelihatan uzur dan kurang selamat.


Penulis tidak mahu mengulas panjang berkaitan pejabat baharu atau pejabat lama. Yang menjadi agneda panas dimana² pada hari ini ialah pengisytiharan PKPB oleh Menteri Kanan semalam yang akan berlangsung mulai esok sehingga sepurnama lamanya.

Ramai yang terkeliru bahawa PKPB bermakna WFH atau BDR bakal seiring sejalan bersama. Tetapi telahan tersebut agak tersilap. Meski yang berlaku di darul ehsan dan putra jaya menyebabkan hanya 10% sahaja yang boleh bekerja dengan jayanya di pejabat dan selebihnya menikmati skim bekerja di rumah, namun pada kali ini di wilayah baharu yang diisytiharkan semalam, ianya agak berbeza. Hatta pemakaian SOP di masjid dan surau juga belum menampakkan tanda² untuk kembali menyorot kebelakang, apalagi untuk merapatkan semula bahu ke bahu (meski semasa tanpa covid pun jamaah enggan dan silu untuk merapat).

PKPB menyaksikan kebebasan yang dinikmati sewaktu PKPP lepas hampir tidak terluput atau semakin ringan. Sebagai contoh, kedai makan masih boleh beroperasi tetapi hingga had 10 malam sahaja dan kaki lepak minum kopi kedai mamak sudah tidak boleh lagi duduk berembun sambil ketawa berangan menjadi bilionair dek kerana saham matawang melantun, atau kerana emas yang dijual secara hutang dan ansuran menjadi² pembeliannya kerana kedai perlu ditutup awal dan hanya boleh diisi oleh dua orang sahaja pada satu meja pada satu² masa. 

Hendak merentas daerah, apalagi negeri dan jangan mimpilah negara sudah diperketatkan dan jika tanpa alasan yang munasabah, mana mungkin boleh berlaku. Penulis juga antara yang bakal menjadi perentas daerah saban waktu dek kerana tinggal di daerah yang berbeza dengan lokasi pejabat. Dan tatkala tulisan ini dipahatkan, surat kebenaran masih malu² alah untuk masuk ke dalam inbox maya penulis.

Oleh kerana sekolah telah ditutup mulai esok, anak² tentu sahaja gumbire tak terkata dan tak ternilai dengan kenikmatan duduk di rumah. Jika pada zaman sebelum internet, tentu mereka akan mudah menjadi kematu di dalam rumah kerana tabiat kanak² pada zaman tersebut adalah menikmati aktiviti luar seperti menangkap ikan, bermain bola, teng teng dan sebagainya yang mana pada PKPB perkumpulan seumpama itu boleh menimbulkan kluster terkini.

Maka dengan rahmat Ilahi, virus ini munchol pada dekad² akhir zaman dimana internet menjadi salah satu dari 'nyawa' manusia pada hari ini. Maka kebanayakan anak² tidak bergentayangan secara fizikal tetapi secara maya di atas kerusi keras dihadapan meja PC ataupun bergelut dengan ibu bapa yang memegang HP hampir setiap ketika itu. Apakah dajjal kelak akan menawarkan wifi juga untuk menarik lebih ramai manusia menjadi pendukungnya?

Maka apabila anak² yang dihalang ke sekolah fizikal itu bergentayangan di alam maya, maka perlulah seseorang untuk berada di dalam kediaman bagi tujuan pemantauan aktiviti. Maka WFH adalah antara ubat ampuh yang difikirkan sebagai instrumen penyelesaian masalah. Maka salah seoarng di antara ibu atau bapa perlu menjawat jawatan WFH secara bergantian.

Dan tidak dinafikan penyakit WFH kadang² memberikan impak negatif kepada sang pekerja. Terdapat aduan dari sang majikan berkaitan staf yang gagal dihubungi sewaktu WFH. Banyak juga kerja yang tergendala gara² WFH. Namun,bagi penulis, ianya terkawal (meski tiada data bersifat emperikal yang boleh menyokong hipotesis murahan tersebut!!)

Covid jika dilihat dari mata hati, banyak memberikan pengajaran kepada ummah antaranya ialah

  1. Membantu mengawal tabiat sosial manusia agar tidak menjadi terlalu liar dimana mereka akan menjadi tertib dan khuatir untuk bersosial dengan teman yang tidak dikenali, mahupun dikenali kerana kebimbangan jangkitan
  2. Membawa manusia kepada ajaran yang Islam yang sebenar - sebagai contoh, tidak bersalaman dan meninggikan suara berselawat selepas selesai berzikir seusai menunaikan solat;
  3. mengajar manusia agar lebih banyak duduk di dalam rumah bersama keluarga, beraktiviti bersama keluarga serta merenung kelemahan diri;
  4. menjadi manusia yang bersyukur atas nikmat kesihatan yang dikurniakan
Adakah ianya agenda sang dajjal?

Kepada Allah dipohon taufik




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol