Mencari penawar rasuah

 27 Rabiul Awwal tahun ke 1442 hijrah ar Rasul..

Jumaat penghulu segala hari menjelma kembali di hujung bulan kelahiran Rasulullah  ﷺ. Meski sambutan maulid pada tahun covid ini tidak semeriah tahun sebelumnya, namun keazaman kaum asyaira a.k.a aswj aliran nusantara untuk mempamerkan kecintaan terhadap junjungan tidak pernah sirna. Mereka tetap berusaha keras untuk melaksanakannya dengan penciptaan SOP tertentu demi memastikan kelangsungan sambutan dapat diteruskan dan agenda kecintaan terhadap banginda Rasul  diteruskan mengikut arus pandang yang telah diwarisi sejak turun temurun.


Bahkan pada Jumaat awal 12 Rabiul Awwal lagi, kaum asyaira ini telah menggubal khutbah khusus untuk membela acara maulid, bukan untuk menceritakan kecintaan kepada Nabi  , tetapi yang harus dipertahankan dan lebih utama adalah acara sambutan itu sendiri yang dikatakan telah diamalkan oleh ulama sejak dahulu. Namun sayang sekali, mereka gagal mendalilkan serta membacakan perawian majlis tersebut secara bersanad. Hanya mungkin cukup dengan kenyataan bahawa ianya adalah amalan turun temurun ulama dahulu sahaja sudah cukup menjadi bukti kukuh dan ampuh bahawasanya amalan ini perlu diteruskan serta dpertahankan dan diperjuangkan sehinggalah kiamat, tanpa perlu membuat sebarang kajian bersifat emperikal untuk membuktikan bahawa setidak-tidaknya, ianya adalah amalan kaum salaf dan disanadkan melalui seseorang daripada sahabat umpamanya.

Adapun khutbah pada zawaal hari jumaat ini berkisar mengenai rasuah. Antara dalil yang dibacakan adalah berkaitan akta pencegahan rasuah yang mendefinisikan rasuah itu jua. Penulis rasa, inilah khutbah paling ringkas yang pernah didengar oleh penulis untuk beberapa ketika ini. 

Meski dibentangkan oleh pembaca khutbah atas teks yang digubal dan dilunakkan isi kendungannya itu, akan bahaya dan ancaman kepada pengamal, pemberi dan penerima serta orang tengah antaranya, namun tiada pula dibicara dengan lebih terperinci akan kaedah untuk mengelakkan rasuah daripada terus berleluasa melainkan nasihat sahaja.

Dan sudah menjadi amalan bahawa rasuah itu biasa melekat kepada penjawat awam kerana di tangan mereka ada kuasa melulus, atau paling rendah, kuasa membeli, atau kuasa menawarkan peluang membekalkan perkhidmatan atau peralatan kepada pihak pembekal untuk kerja-kerja tertentu diperingkat jabatan, kampung, negeri atau sebagainya.

Penulis pernah terdengar akan pandangan sohibus samaha mufti kerajaan negeri Perak, dalam satu seminar yang dihadiri, bahawa rasuah itu dikatakan berpunca daripada gaji atau pendapatan yang terlalu kecil, dengan kos hidup yang melambung, maka jalan rasuah terbuka luas khusus kepada pihak yang memegang walau hanya sekelumit kuasa meski hanya sebesar RM50 sahaja.

Maka disarankan oleh sohibus samahah agar gaji para pemilik kuasa dibesarkan dan dikaji semula. Dan seingat penulis juga, gaji penjawat awam hanya disemak semula pada zaman Pak Lah selaku PM. Penulis masih ingat akan wajah² rakan penulis tatkala menatap slip gaji masing² semasa menerima pelarasan gaji watu tersebut. Wajah tergamam dan seolah tidak percaya. Bonus pada zaman Pak Lah juga agak lumayan. Namun beliau sebentar cuma hinggap di singgahsana kuasa...

Maka berbalik kepada punca rasuah itu sendiri, maka boleh disimpulkan ianya sebagaimana berikut :

  1. Masalah kos sara hidup meningkat dan gaji tidak setimpal;
  2. ingin keluar sekali sekala daripada kesempitan hidup
  3. Desakan keluarga
Kepada Allah dipohon taufik


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Marhaban dan baraan

Kisah Seorang Jurutol