Ramadhan 1442 telah melangkah pergi

 5 Syawal 1442

PKP 3.0 yang diumumkan oleh pimpinan telah melayukan nafsu geng syawalian meneruskan agenda beraya sebulan sebagaimana slogan agung mereka yang dilagukan oleh para artis yang sememangnya golongan yang paling terkesima pabila munculnya syawal di ufuk timur akhir Ramadhan saban tahun. Allah ﷻ hendak memberikan kita satu pesanan melalui covid-19 "tinggalkanlah amalan membazir dan bersuka-sukaan itu buat selama-lamanya"..

Namun gejolak nafsu berahi beraya sakan ini sukar untuk dilupuskan sama sekali. Keliaran mereka sukar untuk dibendung. Maka munculnya pelbagai aksi di persekitaran. Anehnya, mereka seolah dijaga oleh tangan ghaib yang mampu menentukan masa depan negara (?)

Mengiringi pemergian Ramadhan ialah tragedi di Al Aqsa yang mencetuskan ketegangan serius di timur tengah. Namun fasa itu berjaya ditenggelamkan dek keseronokan syawal geng syawalian yang masih berahi untuk menyambut hari raya.

Kegelisahan membendung nafsu beraya turut dikongsi dimana² hantaran media sosial. Ditambah rencah dengan hidangan foto pimpinan besar negara yang turut diracuni budaya pelampau syawalian yang memaparkan sambutan meriah di kediaman mewah. Marhaen dan proletariat semakin gelisah diikat nafsu berhari raya yang diapi-apikan oleh kaum syawalian yang sememangnya begitu geram dengan adu domba.

Syawal yang sepatutnya disyukuri dan diagungkan dengan gema takbir dan tahmid bertukar menjadi medan melepaskan geram dengan temapagar kerajaangagal. Adakah Ramadhan kita turut menemui kegagalan?



Apakah kita mampu mengekalkan momentum ibadah kita sehingga ke bulan syawal? Adakah sebenarnya kita telah pun berjaya meraih ijazah taqwa selepas melalui sebulan madrasah Ramadhan pada tahun ini?

Hanya kepada Allah diserah segala urusan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol