solat Jumaat ... hanya 12 orang

 2 Jamadil Akhir 1442 (Jumaat)

Termanggu² di waktu zawaal Jumaat pertama dalam minggu PKP 2.0. Tidak seperti Jumaat pada hari PKPP dan PKPB dimana masjid dihadkan untuk menampung hanya 12 orang lelaki dewasa yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid sahaja untuk menghadiri solat Jumaat.



Jika pada PKP 1.0 solat Jumaat tidak diadakan...tetapi pada kali ini dibenarkan dengan had maksimum. 

Bagaimana dengan para mufti dan para penjawat jawatan agama di pejabat qadhi atau jabatan atas nama agama di negeri² pkp? Adakah mereka dibenarkan hadir untuk solat Jumaat?

Jika semalam negara sedikit kecoh dengan tindakan ketua pembangkang yang menyeru agar semua ahli parlimen menulis surat kepada YDA agar mengangkat semula titah dharurat, mengapa tidak ada seorang pun tokoh agama mahupun ahli politik atau menteri dari parti agama yang dikatakan menjadi benteng agama negara yang bangkit menyeru semua ahli parlimen agar menulis surat kepada sulthon di negeri masing² agar mengangkat kembali titah memaksimumkan jumlah jamaah solat jumaat dan solat berjemaah daripada 12 orang kepada had yang lebih sedikit?

Penulis agak bingung melihat gelagat menteri dan pendokong parti agama yang sekarang berada dalam kerajaan islam-melayu yang langsung tidak berkutik mengenai isu seumpama ini baik di media sosial mahupun media perdana. Sunyi dan krik². Andainya kejadian atau situasi seumpama ini berlaku sebelum feb 2020, atau jika berlaku dalam zaman pentadbiran PH, maka dengan begitu gegak gempita isu ini akan dipersoalkan dengan lantang di semua medium yang ada dengan begitu bersemangat dan gigih sekali. Kunun kerajaan yang ada menindas pelaksanaan agama...

Tetapi bila isu golongan yang mempersoalkan perintah dharurat, tanpa menoleh, terus bangkit berani bak pahlawan silam, kunun hendak mempertahankan perintah diraja.

Mungkin tidak ada siapa yang mahu membuat kajian lebih mendalam tentang perkara yang dianggap remeh, picisan, dan sebagainya ini. Maka biarkanlah....biarkan terus hingga manusia semakin jauh daripada rumahNya...


 الله اعلم‎ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol